BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aku kena penyakit Tyroid..Help..Help

gambate

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
6,761
Joined
Nov 9, 2007
Messages
6,761
Reaction score
101
Points
73
akum kengkawan..hari ni aku pergi check dr selepas smlm aku x leh bagun..kaki aku tegang..( muscle streess) pastuh pi jumpa dr..dr kata aku ni mcm ada symptom Thyroid..mata cengkung..tangan menggeletar..sape tahu ubat bende ni...huhu..help!!:((:((
 
PENYAKIT TIROID

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon beriodin yang mengawal kadar metabolisme badan. Iodin diperlukan dalam diet untuk fungsi normal kelenjar tiroid. Kekurangan iodin dalam badan boleh menyebabkan penyakit goiter iaitu pembesaran kelenjar tiroid.

Hipotiroidisme digunakan untuk keadaan kelenjar tiroid yang kurang aktif dari normal. Ini menyebabkan penurunan kadar metabolisme badan. Simptom yang terlibat termasuklah goiter, keletihan, pertambahan berat badan, mudah berasa sejuk, sembelit serta kulit dan rambut yang kering. Hipotiroidisme lebih kerap berlaku dalam golongan tua. Hipotiroidisme boleh menyebabkan peningkatan paras kolesterol darah dan penurunan keupayaan penukaran beta karoten kapada vitamin A. Ini menyebabkan pengumpulan karoten dalam darah dan tisu yang memberikan warna jingga kekuningan kepada kulit.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

makanan kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.

Mengurangkan

kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan.

Hipertiroidisme digunakan untuk keadaan kelenjar tiroid yang terlampau aktif di mana kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan. Hipertiroidisme lebih kerap berlaku dalam wanita berbanding lelaki. Simptom yang terlibat termasuklah peningkatan kadar denyutan jantung, kehilangan berat badan, keletihan, peningkatan selera makan, irritabiliti, berpeluh, mudah berasa panas, mata tersempul dan goiter. Hipertiroidisme meningkatkan kadar metabolisme. Ini menyebabkan penggunaan kalori dan nutrien yang lebih cepat dari normal. Punca hipertiroidisme biasanya dikaitkan dengan kehadiran antibodi yang merangsang sel tiroid.

Tip Rawatan:

Memperbanyakkan

makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan.

makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius.

Mengurangkan

rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.
 
Last edited:
akum kengkawan..hari ni aku pergi check dr selepas smlm aku x leh bagun..kaki aku tegang..( muscle streess) pastuh pi jumpa dr..dr kata aku ni mcm ada symptom Thyroid..mata cengkung..tangan menggeletar..sape tahu ubat bende ni...huhu..help!!:((:((
cuba gambate guna jus intra..maby dapat mambantu..
 
kurang mkn makanan laut ni bro..bykkan mkn makanan laut
 
PenYakIt tairod mCm 2x jeNis..
...ak dongar kalo ade penyakit kencing manis pon akibatkn sakit tairod nie..

sbb ia ganggu pngeluaran hormon tairod,...maybe bley koma kalo tak d ubati..
anY way truskan jumPa ngan pakaR ....dr jumpe Dr biasa ..!!
 
tp aku x ada beguk:((..ne thyroid jenis lain kot

dulu ak blaja bio..
tiroid ni kurang iodine...
byk kan makan makanan yg ade iodine
cth seafood mcm kerang dll
 
dulu ak blaja bio..
tiroid ni kurang iodine...
byk kan makan makanan yg ade iodine
cth seafood mcm kerang dll

biar bebetul ni..sorang kata jangan makan.satu kata sila makan bebanyak :((:((
 
Back
Top
Log in Register