BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aku Abang Dia

protozuaqs

Super Active Member
Messages
9,755
Joined
Oct 11, 2007
Messages
9,755
Reaction score
131
Points
83
Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari ada sepasang suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Si suami seorang yang panas baran sehingga tak tertahan2 barannya kalau marah, walhal yang si isteri pulak seorang yang amat penyabar dan lemah lembut.

Setelah 30 minit berlalu,keadaan kesesakan jalan raya masih belum surut membuatkan si suami tadi mula naik darah dan melenting2, bagaikan nak terkeluar stereng kereta dihentaknya.

Suami: Hish, marah betul aku! diorang ni, kalau nak betulkan jalan pun, buat la waktu lain ini tak, masa ni jugak terhegeh2 nak buat!

Isteri: sabarlah bang, tengok tu, kan ramai orang kat depan tu, accident kot.

Suami: arrrgghh.. kau diam! orang perempuan mana tahu hal2 macam ni! Ooooo, accident ye?!

Dengan perasaan marah, si suami tadi terus keluar dan menghempap pintu
kereta dengan amat kuat sehingga terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu.

Isteri: eh,abang!nak ke mana tu?

Suami: Kau tu diam, dan jangan banyak tanya! Duduk aja dalam keta ni, aku taula apa
nak buat!

Dengan marah yang masih meluap2,si suami tadi berjalan dengan angkuhnya menuju ke arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu tidak jauh dari situ Tiba2,si suami tadi menarik nafas dalam2 dan menjerit sekuat hatinya.

Suami: TEPI!! TEPI!! AKU ABANG DIA! AKU ABANG DIAAAA..!

Mendengarkan si suami tadi terjerit2 begitu, secara automatik semua orang beri laluan kepadanya.

Dari jauh juga kedengaran si suami memekik..

Suami: TOLONG BAGI LALUAN,AKU NAK HANTAR ADIK AKU KE HOSPITAL SEKARANG JUGAK!!!

Si suami tersenyum2 dan memuji dalam hati 'menjadi jugak taktik aku'.Apabila si suami sampai saja di tempat kejadian, bagaikan nak terkeluar biji matanya melihat 'adiknya' yang terlantar tak kesakitan.

Maka hari itu merupakan hari yang paling bersejarah kerana seorang lelaki sudi menghantar seekor bab! ke hospital.
 
lor, dah binatang tuh...

wat pe g hantar juga....

sah2 penulis nih sengal......
 
b@bi pun bawa g spital ke..? x logik pya story..
 
Dah bertahun dah cerita nie......
 
macam pernah ku baca.... tapi takpelah.. lawak pepetang
 
Back
Top
Log in Register