TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
[ BMU - Aksi Antarabangsa ]
Aksi Garnacho untuk skuad Argentina di tahun 2023 bermula pada bulan Jun lalu dan setakat ini dia telah merekodkan sebanyak tiga penampilan bersama juara Piala Dunia itu. Dia juga pernah dipanggil semasa aksi antarabangsa pada bulan September dan Oktober, namun kehilangan tempat untuk berkhidmat dengan negaranya kali ini.
Skuad Lionel Scaloni bakal mengharungi dua perlawanan besar kelayakan Piala Dunia 2026 pada minggu hadapan dan terpaksa memanggil semula pemain sayap veteran, Angel Di Maria sekaligus menyaksikan Garnacho disisihkan. Ianya sudah pasti akan memberi tamparan hebat kepada pemain yang telah bermula sebagai kesebelasan utama dalam empat perlawanan terakhir untuk United, apatah lagi dia begitu bersemangat untuk beraksi bersama negaranya.
Kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan adalah sesuatu yang pedih untuk diterima. Ia boleh memberi kesan kepada tahap keyakinan anak muda itu tetapi sebenarnya boleh memberi manfaat kepada United untuk jangka masa panjang.
Jurulatih Argentina, Scaloni ada alasannya tersendiri kenapa Garnacho diketepikan:
"Berkenaan Garnacho, ini soal bola sepak dan perkara yang sama saya jelaskan kepadanya."
“Kadang-kadang bila menyenaraikan pemain, kami tidak gemar mengenepikan mereka secara berterusan sedangkan mereka sebahagian daripada skuad yang dipanggil."
“Dia hebat dan mahu berada di sana, tetapi ada kalanya sesetengah individu memainkan peranan dan anda harus memberikan kata putus. Memang mudah untuk saya memanggilnya, tetapi berada di sini dan mungkin dia tidak akan beraksi."
“Semasa aksi antarabangsa terdahulu, dia tidak mempunyai minit permainan. Jadi, keputusan terpaksa dibuat."
"Dia baru sahaja mengorak langkah dan sentiasa berada dalam radar kami. Masa depannya cerah dan dia merupakan sebahagian daripada perancangan."
#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited