BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Aksi Antarabangsa Pemain Manchester United

FB_IMG_1694563764615.jpg


[ BMU - Aksi Antarabangsa ]

Seramai 17 orang pemain Manchester United telah terpilih untuk mewakili negara masing-masing dalam aksi antarabangsa kali ini.

Kesemuanya akan beraksi dalam beberapa siri kelayakan pertandingan utama mengikut benua negara mereka. Berikut adalah senarai pemain United yang terpilih:

1. Kelayakan EURO 2024:

ā–ŖļøEngland šŸ“ó §ó ¢ó „ó ®ó §ó æ
Marcus Rashford
Harry Maguire

ā–ŖļøPortugal šŸ‡µšŸ‡¹
Bruno Fernandes
Diogo Dalot

ā–ŖļøDenmark šŸ‡©šŸ‡°
Christian Eriksen
Rasmus HĆøjlund

ā–ŖļøSweden šŸ‡øšŸ‡Ŗ
Victor Lindelof

ā–ŖļøTürkiyešŸ‡¹šŸ‡·
Altay Bayindir

ā–ŖļøIreland Uara šŸ‡¬šŸ‡¬
Johnny Evans

ā–ŖļøScotland šŸ“ó §ó ¢ó ³ó £ó “ó æ
Scott McTominay

2. Kelayakan Piala Dunia 2026 Benua Amerika Selatan

ā–ŖļøArgentina šŸ‡¦šŸ‡·
Lisandro MartĆ­nez
Alejandro Garnacho

ā–ŖļøBrazil šŸ‡§šŸ‡·
Casemiro

ā–ŖļøUruguay šŸ‡ŗšŸ‡¾
Facundo Pellistri

3. Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023

ā–ŖļøCameroon šŸ‡ØšŸ‡²
Andre Onana

ā–ŖļøMaghribi šŸ‡²šŸ‡¦
Sofyan Amrabat

ā–ŖļøTunisia šŸ‡¹šŸ‡³
Hannibal Mejbri

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1694562597709.jpg

FB_IMG_1694562602808.jpg


|BMU-Antarabangsa |

McTominay sekali lagi menjaringkan gol dalam perlawanan pusingan Kelayakan EURO 2024 bertemu Cyprus di AEK Arena.

McTominay berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-6 perlawanan untuk membawa Scotland mendahului pasukan lawan.

Selain itu pada minit ke-30 perlawanan beliau juga berjaya mencatatkan bantuan gol untuk gol yang dijaringkan oleh John McGinn.

Pemain berusia 26 tahun itu kini telah menjaringkan enam gol dalam lima perlawanan!Pencapaian ini sememangnya mengagumkan,lebih-lebih lagi bagi Mctominay sendiri beliau tidak pernah membayangkan akan menjadi mesin gol untuk Scotland.

McTominay kini bersaing dalam senarai penjaring terbanyak pusingan kelayakan EURO 2024 dimana beliau telah berkongsi dengan jumlah jaringan yang sama bersama
Rasmus Hojlund dan Romelu Lukaku.

#BMU03
 
FB_IMG_1694562783421.jpg


[ BMU - Aksi Antarabangsa ]

1. Senarai penjaring terbanyak Kelayakan EURO 2024:

6: Rasmus HĆøjlund (Denmark) - Manchester United
6: Romelu Lukaku (Belgium) - AS Roma
6: Scott McTominay (Scotland) - Manchester United
5: Zeki Amdouni (Switzerland) - Burnley
5: Harry Kane (England) - Bayern Munich
5: Cristiano Ronaldo (Portugal) - Al-Nassr
4: Kylian MbappƩ (Perancis) - Paris Saint-Germain
4: Bukayo Saka (England) - Arsenal

2. Bantuan Gol Terbanyak Kelayakan EURO 2024:

4: Teemu Pukki (Finland) - Minnesota United
4: Denzel Dumfries (Belanda) - Inter Milan
3: Adam Čerin (Slovenia) - Panathinaikos
3: Dodi Lukebakio (Belgium) - Sevilla
3: Kylian MbappƩ (Perancis) - Paris Saint-Germain
3: Olimpiu Moruţan (Romania) - Ankaragücü
3: Andy Robertson (Scotland) - Liverpool
3: Jón Dagur Thorsteinsson (Iceland) - OH Leuven
3: FabiƔn Ruiz (Sepanyol) - Paris Saint-Germain

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1694563922071.jpg


| BMU - Aksi Antarabangsa |

Bruno Fernandes meledak 1 gol dan 3 bantuan gol untuk membantu Portugal menganyang Luxembourg 9-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024 di São João da Venda, Algarve.

āœ… 6 gol dan 8 bantuan gol dalam 10 perlawanan terakhir bersama Portugal
āœ… Bruno terlibat dalam 9 gol untuk skuad Portugal dalam kelayakan Euro 2024. Tiada pemain lain yang melakukan lebih baik berbanding beliau.
āœ… Mendahului carta bantuan gol terbaik untuk kelayakan Euro 2024.

Diogo Dalot turut beraksi dalam 90 minit perlawanan.

#BMU02 #BMU #GGMU #GGMU
 
Lord maguire sehebat bobby moore - gareth southgate
 
FB_IMG_1694712496149.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Gareth Southgate mengecam kritikan 'mengarut' media England terhadap Harry Maguire selepas bek tengah bermasalah itu diselubungi nasib malang berterusan apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa kemenangan 3 - 1 England ke atas Scotland dalam perlawanan persahabatan di Hampden Park pagi tadi.

Penguasaan baik England terhadap seteru lama mereka pada ulang tahun perlawanan ke - 150 terencat apabila sumbangan gol Maguire memberi harapan kepada Scotland untuk bangkit semula selepas ketinggalan 2 - 0. Bek tengah Manchester United itu telah masuk sebagai pemain gantian selepas waktu rehat perlawanan dan tidak lama kemudian kedengaran setiap sentuhan bola yang dilakukannya diejek oleh penyokong tuan rumah.

Sementara kesilapan itu menimbulkan persoalan besar mengenai tempat Maguire sebagai pemain utama England, kemarahan Southgate jelas turut mempertahankan pemain berusia 30 tahun itu dan mendakwa bahawa kritikan di sekelilingnya adalah mengarut.

Bercakap kepada Sky Sports News, Pengurus England itu berkata, "Dari sisi pandangan peminat Scotland, saya faham."

"Dia baru sahaja tampil ke depan dan bercakap dengan media yang mana saya anggap kekentalan dan karakter dimilikinya."

"Kami kini berada dalam situasi dek kerana kritikan yang diterima di negara sendiri, penyokong pihak lawan fikir mereka boleh berjenaka dengannya. Apa yang berlaku?"

"Kita membiarkan sahaja kritikan berlaku secara terbuka? Ia sememangnya mengarut dan membuatkan saya marah."

"Syukur kerana dia mendapat sokongan dari bilik persalinan dan orang-orang di belakangnya. Saya rasakan peminat England di stadium malam ini betul-betul hebat."

"Tetapi apa yang menjadikan ejekan itu berlaku adalah berpunca daripada orang-orang di negaranya sendiri. Pemain lain akan berfikir, 'Adakah itu yang menanti kita di sana kelak?'."

"Pujian harus diberikan kepadanya kerana dia tenang menguasai dan mengawal bola serta meletakkan detik pahit itu di belakangnya."

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1694712673758.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes disenaraikan dalam kesebelasan terbaik bagi Kelayakan EURO 2024 yang berlangsung pada 10 hingga 13 September 2023 yang lalu.

Lebih membanggakan lagi penyenaraian yang dibuat menerusi laman sesawang WhoScore.com itu menilai kapten pasukan United dengan penarafan 10 daripada 10.

Tahniah Fernandes. Moga kecemerlangan di kelayakan EURO dapat diterapkan di peringkat kelab.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
Back
Top
Log in Register