BTC USD 19,207.9 Gold USD 1,665.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akibat Tertidur ..

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,807
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,807
Reaction score
4,619
Points
296
Awards
1
Budak Perancis Maut Di Sengat Obor - Obor Di Pangkor

17.08.2022 - Tokyo, Seorang polis di Hyogo, Jepun yang tertidur di tepi jalan dalam keadaan mabuk cemas apabila dokumen siasatan membabitkan 400 kes hilang. Malah, antara dokumen siasatan yang hilang turut membabitkan seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes jenayah. Polis berusia 49 tahun itu menyimpan semua dokumen berkenaan di dalam sebuah beg dan disedari hilang pada jam 11 malam, Sabtu lalu.

Dokumen yang lesap itu mengandungi nama dan alamat individu yang disiasat, menurut seorang pegawai polis. Media tempatan Jepun melaporkan, sebelum kejadian, anggota keselamatan itu minum bersama beberapa rakannya. Namun, disebabkan mabuk, dia tertidur di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Sebaik terjaga dari tidur, polis terbabit tersedar beg yang dibawa bersamanya hilang. Ini bukan kali pertama kehilangan dokumen siasatan selepas minum bersama rakannya dilaporkan di Jepun. Pada Jun lalu, anggota keselamatan di bandar Amagasaki memaklumkan seorang kontraktor kehilangan beg yang menyimpan pemacu pena mengandungi data peribadi 460,000 penduduk.

Kejadian itu juga berlaku selepas pemiliknya tertidur sebaik pulang dari berhibur bersama beberapa rakan. Namun, nasibnya agak baik kerana pemacu pena itu ditemui sehari selepas berita kehilangannya tular.​

1660728158591.png
 
Last edited:
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
10,535
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
10,535
Reaction score
1,505
Points
191
Bawak dokumen penting dalam keadaan mabuk.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register