BTC USD 82,260.2 Gold USD 4,195.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akibat RIBA

yg dinamakan bukan riba ialah

kita pinjam 5 ribu
bayar balik 5 ribu

lebih dari tu riba menurut ustaz azhar
so camne hehe.. kita pnjm 5 ribu kdg2 byr blk 12 ribu
atau kita pnjm 12 ribu, dapat pd kita 5 ribu, lg 7 ribu kira kita bg bank xgitu? haha..
 
setahu aku bank nie sama jer...selagi namanya bank ...yg islamic pon kalau lambat bayar loan kena interest jugak...apa beza ngan konvesional...cuma pusing perkataan saja...interest ngan perkhidmatan...yg kena sapa ?
 
aku setuju dengan bro :)paid:)paid
 
mencelah skit...
skim perbankan konvensional & skim perbankan Islam adalah berbeza... secara mudahnya, skim perbankan Islam tiada riba. kerana riba adalah haram.
Jadi sebenarnya dalam perbankan Islam, yang kita panggil faedah tu, sebenarnya dipanggil kadar keuntungan. Dalam Skim perbankan Islam ada banyak konsep yang diguna pakai seperti wadiah, mudharabah, murabahah, musyarakah, bai bithaman ajil & bai at takjiri.
sebagai contoh:
Pembelian kereta - kita buat pinjaman untuk kereta yang bernilai RM20,000. Jadi, apa yang berlaku adalah, bank akan beli kereta berkenaan dan jual semula kepada kita pada harga yang telah ditambah dengan keuntungan bank (RM20,000 + untung bank).
Bank-bank yang menjalankan Skim Perbankan Islam ini perlu mempunyai majlis penasihat syariah yang berfungsi untuk memberi nasihat kepada bank dalam menjalankan urus niaga perbankan. Beralihlah kepada perbankan Islam kerana walaupun kita lihat ada caj yang tak masuk akal, tapi kita takde pilihan lain. takkan nak amalkan riba melalui perbankan konvensional. mungkin ada barokah nya di situ..
klu ada yang silap, harap dimaafkan..
 
konsep loan dalam islamic finance yang sebenarnya macam mana..ada siapa yang boleh jelaskan?

pinjaman dalam islam hanya ada satu
qardhul hassan = zero interest/untung
pinjam 1k bayaq 1k

yg dikatakan islamic finance bila loan tu berkonsep jual beli dan pembayaran tangguh
bila jadi jual beli kena ada untung/markup yg menggantikan interest
sebab tu ada akad jual beli apa smua bila buat "islamic loan" nie
 
ntah la selalunya urusniaga Islamik ni tidak membantu org Islam langsung... buh la apa nama istilah sekali pun, alih2 org Islam lari ke konvensional jugak krn prosedur urusniaga Islam tidak mesra muslim:(
 
Untuk kefahaman yang mudah, bila kita bayar loan kepada bank yang menggunakan konsep islamic sebenarnya lebih kepada upah. Sebagai contoh, servis perniagaan duit syiling yang mana sekiranya ada yang ingin tukar RM100 ringgit kertas kepada syiling, sekiranya tuan punya duit syiling hanya bagi RM97 duit syiling (kebanyakan yang buat) maka itu adalah riba. Yang sepatutnya berlaku dalam konsep islam ialah duit RM100 kertas harus bertukar RM100 duit syiling. Tuan punya duit syiling boleh mintak upah RM3 utk proses pertukaran diatas persetujuan tuan punya duit kertas. Maka tuan punya duit syiling dapat RM103 termasuk upah RM3. Ini hanya kefahaman saya, sekiranya silap sila perbetulkan saya.

p.s: Ramai yang kata islamic bank mahal charge dan cekik darah. Kalau macam tu lepas ni tak payah la beli ayam sembelih lagi pasal yang tak sembelih punya lagi murah dari yang sembelih (ikut cara islam).
 
spt kata2 sheikh........
perbankan Islam hanya atas nama tp tetap riba ikut pintu blakang
perbankan Islam x menolong umat Islam pun tp lebih kpd keuntungan
 
Untuk kefahaman yang mudah, bila kita bayar loan kepada bank yang menggunakan konsep islamic sebenarnya lebih kepada upah. Sebagai contoh, servis perniagaan duit syiling yang mana sekiranya ada yang ingin tukar RM100 ringgit kertas kepada syiling, sekiranya tuan punya duit syiling hanya bagi RM97 duit syiling (kebanyakan yang buat) maka itu adalah riba. Yang sepatutnya berlaku dalam konsep islam ialah duit RM100 kertas harus bertukar RM100 duit syiling. Tuan punya duit syiling boleh mintak upah RM3 utk proses pertukaran diatas persetujuan tuan punya duit kertas. Maka tuan punya duit syiling dapat RM103 termasuk upah RM3. Ini hanya kefahaman saya, sekiranya silap sila perbetulkan saya.

p.s: Ramai yang kata islamic bank mahal charge dan cekik darah. Kalau macam tu lepas ni tak payah la beli ayam sembelih lagi pasal yang tak sembelih punya lagi murah dari yang sembelih (ikut cara islam).

kalo mcm tuh bleh kita wat loan umah/keta/peribadi kemedian ikut kita baya upahnya hahhahahahah
wat loan keta 100k. total bayar 105k..upah 5k je amacam

ada ker rega ayam sebelih dgn x sembelih berbeza...rega ttp sama lah dol
 
Back
Top
Log in Register