AbgHerryEnsem
Fun Poster
- Messages
- 501
- Joined
- Jun 9, 2012
- Messages
- 501
- Reaction score
- 5
- Points
- 20
Tindakan memutuskan silaturahim antara suami isteri
diperuntukkan sebagai suatu kesalahan jenayah dalam Akta/
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah setiap negeri.
Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah
Persekutuan) 1997 - Akta 559) memperuntukkan: "Mana-mana
orang yang memujuk lari seseorang perempuan bersuami atau
membawanya keluar dari atau dengannya apa-apa cara
mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami
isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya dan mahkamah boleh
memerintahkan perempuan itu supaya kembali kepada
suaminya."
Seksyen 37 akta yang sama memperuntukkan: "Mana-mana
orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah
daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah
dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau
kedua-duanya dan mahkamah hendaklah memerintahkan
pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang
sudah bernikah dengan sah."
Selanjutnya, Seksyen 38 akta yang sama memperuntukkan:
"Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk
mana-mana lelaki atau perempuan supaya bercerai atau
mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami
atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya."
Kesalahan itu tergolong dalam kategori kesalahan boleh
tangkap menurut akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1997, iaitu kesalahan yang lazimnya
boleh ditangkap Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) atau
pegawai polis tanpa waran.
Please share.... Hehe