BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal menuntut ilmu

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
21ajal_1468988069.jpg

Behrang: Seorang penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), di sini, maut dan rakannya parah apabila motosikal dinaiki terbabit kemalangan di depan pintu masuk politeknik berkenaan pagi tadi

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kedua-dua pelajar terbabit dikatakan ingin membelok masuk ke politeknik berkenaan sebelum dipercayai dirempuh sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan tercampak diatas jalan

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Fadzil Aizat Mohd Fauzi, 19, berasal dari Kuala Lumpur dan meninggal dunia di tempat kejadian

"Mangsa yang meninggal dunia adalah penunggang motosikal berkenaan, manakala mangsa yang cedera adalah rakannya yang membonceng Mohd Amirul Imran Mohd Rahi, 19

"Pemandu Hilux lelaki berusia 27 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya dan rakannya turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan
 

innalillah.. dah nak ajal .. poli tempat koi study dulu nie .. ingat ke kat selekoh kat behrang..
 
Kata seorang meninggal dan seorang parah. Kenapa gambar tu ada 2 mayat ditutup atas pengusung?
 
bini aku belajar kt sini dulu..dia kata area² situ mmg slalu eksiden..
 
Back
Top
Log in Register