BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal lima sekeluarga di Batu Rakit

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
0209rs03_1549678147.jpg

KENDERAAN Proton Wira yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengorbankan lima sekeluarga di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit. FOTO Ihsan Bomba

LIMA sekeluarga termasuk bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Kuala Nerus, hari ini.

Dalam kemalangan 2.50 pagi itu, Mohd Kharulinzam Jusoh, 38, isteri, Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, dan anak mereka, Nur Khaira Aisyah berusia sembilan bulan meninggal dunia.

Dua lagi yang maut, adik dan ibu kepada Nur Syaazlien, Muhammad Nashrullah, 5, dan Rozilawati Mustafa@Razali, 43.

Sementara itu, seorang lagi anak pasangan suami isteri, Muhammad Khairul Haziq, 5, parah dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Difahamkan, ketika kejadian, semua mangsa dalam perjalanan balik ke rumah di Kampung Durian Mas, Manir selepas menghadiri kenduri perkahwinan di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun, kereta Proton Wira dinaiki enam mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pokok.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Pegawai Bomba Tinggi Yusmizan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 3.01 pagi sebelum dua jentera dari BBP Kuala Nerus dan Kuala Terengganu bersama 12 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang daripada mangsa sudah berada di luar kenderaan, manakala lima lagi masih tersepit.

“Kita mengambil masa kira 15 minit untuk mengeluarkan semua mangsa.

“Ketika itu, dua mangsa yang parah dikejarkan ke hospital, manakala empat lagi diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Rozilawati disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSNZ.

sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/421122/ajal-lima-sekeluarga

.
 
5 sekeluarga dalam satu liang lahad

Dy9ebxGVYAAAhEv.jpg

sallehsiram1_1549707985.jpg

41549710722_freesize.jpg

KUALA TERENGGANU: Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Jalan Mengabang Lekor, Batu Rakit di sini selamat di kebumikan dalam satu liang lahad.

Kesemua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Mas kira-kira jam 5 petang tadi.

Sebelum itu kelima-lima jenazah disembahyangkan di Masjid Jalan Pusara.

Suasana pilu mengiringi sepanjang pengebumian kesemua mangsa yang dihadiri lebih 300 ahli keluarga dan penduduk kampung.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi tadi itu, kereta Proton Wira yang dinaiki enam beranak itu dipercayai terbabas dan melanggar sepohon pokok di seberang jalan.

Ketika kejadian kesemua mangsa dari arah Kelantan menuju ke Kuala Terengganu.

Nahas itu mengorbankan pasangan suami isteri Mohd Kharulinzam Jusoh, 38, Nur Syaazlien Syarizam salleh, 21, dan anak mereka Nur Khaira Aisyah Mohd Kharulinzam, lapan bulan.

Turut terkorban di tempat kejadian Muhammad Nashrullah Salleh, 5 tahun.

Seorang lagi mangsa Rozilawati Mustafa@Razali, 43, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sementara itu seorang lagi mangsa dalam kenderaan berkenaan, Muhammad Khairul Haziq Abdul Hadi, lima tahun yang parah masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.

http://www.astroawani.com/berita-ma...gan-dikebumikan-dalam-satu-liang-lahad-198105

Tertidur ke? Bahaya nak cepat balik. Tidur kejap xpe. Amalkan minum kopi wonda 2 tin, segar smpai 6 pagi. Ni tips dr driver lorry.
 
offtopik skit.. xde kena mengena dgn kes ni..

kebiasaan manusia yg saya kurang minat ialah apabila terasa letih atau ngantuk masa memandu ...
makin laju dia bawak kenderaan utk cepat sampai destinasi dan cepat rehat..
patut nya bila terasa makin letih/ngantuk patut lebih berhati2 memandu dan cari tempat persinggahan...
x kisah lah walau terpaksa berhenti rehat tepi kawasan kubur..

takziah... semoga dipermudahkan segala urusan..
 
Back
Top
Log in Register