BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal ketika main badminton

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,280
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,280
Reaction score
5,428
Points
486
455818.jpg


PASIR MAS - Seorang jurugambar meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di sebuah gelanggang dekat Salor, Kota Bharu petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, Muhammad Izzat Faqih Kamaruddin, 25, dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika sedang bermain badminton bersama rakan-rakannya.

Abangnya, Nasir Kamaruddin, 28, berkata, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu, dia dan keluarga terus bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan Muhammad Izzat Faqih.

"Sejurus sahaja kami sampai pihak perubatan mengesahkan adik sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Mekasar dekat sini hari ini.

Menurutnya, semasa Muhammad Izzat Faqih rebah, rakan-rakan sepermainan sempat melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) menyebabkan arwah sedar seketika.

Katanya, arwah sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Nasir berkata, arwah adiknya yang merupakan lulusan Syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) itu memang aktif dalam sukan futsal, badminton dan mendaki.

"Saya sempat berbual dengan arwah sebelum dia keluar bermain badminton tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah," katanya.

Katanya, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasar pada jam 10 pagi tadi.

 
Kadang2 kita perlu ada ilmu berkenaan kemampuan jantung mengikut umur. kita syok bersukan tapi kita lupa max heart rate yang dibenarkan. Kalau ada smart watch atau heart strap boleh pakai siap2 bila bersukan. Semoga Allah muliakan roh si mati ini. Salam takziah buat keluarga.
 
ada ambik apa2 ubat kuat or pil perangsang seks ? bukan apa takut jantung terlebih pump
 
Ramai yang salah faham di antara bersenam dan bersukan. Persepsi salah yang mengatakan untuk sentiasa sihat mesti selalu bersukan.
 
Ramai yang salah faham di antara bersenam dan bersukan. Persepsi salah yang mengatakan untuk sentiasa sihat mesti selalu bersukan.
Ada beza ke?...blh lebih detail kan Tuan

Innalillah...muda lg arwah ni
 
Kadang2 kita perlu ada ilmu berkenaan kemampuan jantung mengikut umur. kita syok bersukan tapi kita lupa max heart rate yang dibenarkan. Kalau ada smart watch atau heart strap boleh pakai siap2 bila bersukan. Semoga Allah muliakan roh si mati ini. Salam takziah buat keluarga.

Muda lagi dia
 
Back
Top
Log in Register