BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ajal dua beradik dalam parit

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Ajal dua beradik dalam parit
FB_IMG_1652851788885.jpg

Manjung: Dua beradik ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran rumahnya di Batu 12, Jalan Segari di Pantai Remis dekat sini, hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan empat tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam parit ketika bermain di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian pada 7 malam.

Menurutnya, dua beradik terbabit bermain di luar kawasan rumahnya pada 5 petang dan ketika itu ibu mereka berusia 36 tahun sedang memasak.

"Ibu mangsa menyuruh anak sulungnya berusia 10 tahun mencari dua adiknya untuk pulang ke rumah pada 5.30 petang.

"Kanak-kanak itu kemudiannya menemui dua adiknya di dalam parit berhampiran dan terus memaklumkan kepada ibunya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, wanita itu kemudian meminta bantuan orang awam yang berada di situ untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa yang berada dalam parit.

Nor Omar berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi pada 7.15 malam mengesahkan kem4tian dua beradik berkenaan.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kem4tiannya.

"Setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

MyMetroMutakhir
 
allahu. allahu. kecik lagi. awasi anak ii anda.
 
kat kg ...biasala...main merata...ke sana sini....aku dulu pun mcm tu...satu kg berjalan main.....dan pernah hampir lemas gi main sungai waktu air besar.....

sama. main longkang besar. merayap jauh ii. syukur time tu tak macam sekarang. ramai orang jahat.
 
betul...dulu kita tak takut apa pun....masuk semak....lastik burung...panjat pokok.....apa saja yg boleh dijadikan mainan...sebab takde gajet...hahaha

hahaha. betul. sebab gajet tarak. ni pun nak biasakan x nak asik main gajet jer bila sembang ii dgn orang.
 
hahaha. betul. sebab gajet tarak. ni pun nak biasakan x nak asik main gajet jer bila sembang ii dgn orang.
org sekarang termasuk kita...jap jap belek phone...walau pun takde apa.....ia dipanggil ketagihan gajet.....aku pernah dok 1 tempat....perati org...aku letak phone dalam poket.......memang mcm tu lah perangai org sekarang...
 
org sekarang termasuk kita...jap jap belek phone...walau pun takde apa.....ia dipanggil ketagihan gajet.....aku pernah dok 1 tempat....perati org...aku letak phone dalam poket.......memang mcm tu lah perangai org sekarang...

aku perati ofismate aku sendiri. gi makan ramai ii. sampai kat meja, semua senyap main phone. roh hubungan sosial tarak. hahaha
 
Back
Top
Log in Register