TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Kapar: Lelaki berusia 63 tahun maut selepas ditimpa mesin set generator di tapak projek lebuh raya 'inter change' Kilometer 2 Persiaran Hamzah Alang, di sini, petang semalam
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa maut di lokasi kejadian berikutan mengalami kecederaan parah di kepala
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa bersama seorang pekerja asing warga Bangladesh berada di tempat kejadian untuk memeriksa mesin generator itu sebelum kedua-duanya ditimpa mesin terbabit
"Pekerja asing cedera di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan
"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca skrew pengikat yang berfungsi menyokong tapak mesin generator patah dan tercabut hingga terjatuh menimpa dua pekerja berkenaan," katanya
Mohd Yusoff berkata, mayat mangsa juga dibawa ke HTAR untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut