BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Airasia Superapp beralih ke Airasia MOVE

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
AirAsia Digital Kini Adalah Move, Aplikasi SuperApp Akan Di Ubah Nama Kepada AirAsia Move

Capital A adalah syarikat induk yang memayungi empat perkhidmatan utama perniagaan mereka iaitu penerbangan, digital, logistik dan perkhidmatan penerbangan. Hari ini, mereka mengumumkan perubahan nama untuk AirAsia Digital, menjadi Move. Nama syarikat Airasia Digital Sdn Bhd akan ditukar kepada MOVE Digital Sdn Bhd.

230918-AirAsia-Digital-Move-04-1024x683.jpg


Terdapat dua perniagaan utama di bawah AirAsia Digital sebelum ini, iaitu AirAsia SuperApp dan Bigpay. Dengan nama baru Move, ia turut memberi perubahan kepada aplikasi mereka. Dari AirAsia SuperApp kepada AirAsia Move. Untuk Bigpay, tiada perubahan nama dibuat. Warna tema juga akan ditukar daripada merah, kepada hijau.

230918-Pengerusi-Eksekutif-Airasia-Move-Tony-Fernandes-1024x683.jpg
230918-CEO-Airasia-Move-Nadia-Omer-1024x684.jpg


Perubahan nama ini diumumkan oleh CEO Capital A, Tony Fernandes dalam satu majlis bersama pengamal media. Dalam pengumuman yang sama, Tony Fernandes mengumumkan dirinya sebagai Pengerusi Eksekutif untuk Move. Manakala jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Move pula diberikan kepada Nadia Omer. Nadia akan menggantikan tempat yang dipangku oleh Mohamad Hafidz, bermula 26 Oktober 2023.

Tony Fernandes berkata, “Nama MOVE menandakan kami lebih baik sebagai cabang digital Capital A, dan mengulangi komitmen kami untuk menggerakkan orang, idea dan inovasi ke hadapan dalam ruang perjalanan. Bayangkan akses lancar kepada perkhidmatan perjalanan dan kewangan pada satu platform, dengan ciri kewangan bersepadu seperti paparan baki, tambah nilai dan pembayaran daripada BigPay dan mengukuhkan lagi cadangan nilai pergerakan airasia sebagai aplikasi perjalanan pilihan. Peranan saya sebagai Pengerusi Eksekutif MOVE adalah untuk meningkatkan sinergi antara kedua-dua perniagaan. Dengan perubahan ini, pasaran boleh mengharapkan pengalaman pengguna yang memperkaya selain daripada lebih banyak penyepaduan ciri BigPay dalam airasia Superapp (kini airasia move) tidak lama lagi.”

230918-AirAsia-Digital-Move-01-1024x576.jpg
230918-AirAsia-Digital-Move-02-1024x683.jpg


Perubahan nama aplikasi AirAsia SuperApp kepada AirAsia Move akan dibuat secara berperingkat. Ia dijangka akan selesai sebelum akhir tahun 2023. Dengan nama baru, AirAsia mahu memperkukuh perkhidmatan mereka dalam bentuk pergerakan dengan menjadi pusat sehenti antaranya tempahan tiket lebih 700 penerbangan, tempahan hotel, membeli-belah, penghantaran makanan, pengangkutan darat, insuran perjalanan, serta ganjaran penggunaan dan sokongan komuniti daripada ahli-ahli.

230918-AirAsia-Digital-Move-05-1024x682.jpg
230918-AirAsia-Digital-Move-BigPay-01-1024x576.jpg


AirAsia juga mahu mengintegrasi sistem pembayaran BigPay dengan lebih mendalam di dalam aplikasi AirAsia Move. Selain pilihan pembayaran melangkaui gerbang Visa dan MasterCard, Bigpay juga menawarkan perkhidmatan kewangan seperti pengeluaran tunai, penghantaran wang pantas ke luar negara, pembayaran QR, pinjaman peribadi serta akan melancarkan lebih banyak perkhidmatan pembayaran bil, insuran dan menyimpan.​
 
1695620200645.png


1695620213186.png


Dear sedara,

Hi, it’s Tony. I have an exciting announcement that airasia Superapp will be renamed to airasia MOVE changing its colour from red to ‘action green’. It marks a jubilant ‘Independence Day’ for our travel platform business from its airline partner, AirAsia.

By December, you will see a new airasia MOVE, with a brand new logo and identity, as the newest online travel agent+ in town, serving all your travel needs. From flights, hotels, transport, duty-free shopping, insurance to dining experiences, airasia MOVE will be your travel companion offering best value deals.

We also invite you to be part of airasia Republic, where you can earn and use airasia points across the entire ecosystem, while enjoying a community-led experience to connect, share, and play. 🙂 Our ecosystem will not only be transactional, but about building community, and enriching that community, where people can connect to share ideas, create content, and engage in meaningful and creative ways.

1695620279329.png


Watch this video to hear more from me about MOVE
 
BigPay kini telah diintegrasi dalam airasia Superapp, atau bakal dikenali sebagai airasia MOVE tidak lama lagi. Sekali gus, ia menjadikan BigPay sebagai kaedah pembayaran default untuk penempahan yang dilakukan di airasia Superapp. Bagi membolehkan pengguna menyemak baki akaun BigPay atau menggunakan BigPay untuk membuat pembelian penerbangan, hotel dan lain-lain melalui aplikasi super itu, pengguna perlu memautkan akaun BigPay ke airasia Superapp.

Cara pautkan akaun BigPay

Untuk memautkan akaun BigPay ke airasia Superapp, ikut langkah di bawah.

1. Buka aplikasi airasia Superapp dan tekan widget BigPay di bahagian atas skrin. Kemudian, tekan "LINK NOW".

BigPay-X-airasia_2.jpg


2. Baca dasar privasi yang dipaparkan dan klik "Allow" jika bersetuju. Aplikasi BigPay akan dibuka dan tekan "Link my account".

BigPay-X-airasia_3.jpg


3. Seterusnya, baca dan setuju dengan permintaan pada skrin. Sahkan kebenaran dan klik "Authorise".

BigPay-X-airasia_4.jpg


Akaun BigPay berjaya dipautkan dan pengguna kini boleh membuat tambah nilai atau pembayaran tiket penerbangan dan lain-lain melalui pautan BigPay di airasia Superapp.

Apa yang ditawarkan

Dengan memautkan akaun BigPay ke airasia Superapp, pengguna kini boleh menikmati keistimewaan seperti berikut:
  • Diskaun 5% penerbangan AirAsia (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Diskaun 5% penerbangan bagi syarikat penerbangan lain yang ditempah melalui airasia Superapp
  • Diskaun RM50 untuk hotel bagi tempahan kali pertama, dengan penginapan minimum 3 hari 2 malam
  • Nikmati 2 kali ganda mata ganjaran airasia apabila membayar menggunakan BigPay bagi perkhidmatan e-hailing (airasia ride), penempahan hotel dan penerbangan dari syarikat penerbangan lain melalui airasia Superapp
  • Jualan eksklusif untuk pengguna BigPay
  • Akses utama untuk promosi jualan airasia yang lain
Dalam pada itu, airasia memaklumkan tidak lama lagi pengguna juga boleh mendaftar akaun BigPay secara terus di aplikasi tersebut.

Sumber asal
Airasia
 
AirAsia Super App, Aplikasi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia

Airasia Superapp
yang akan mengubah namanya kepada airasia MOVE telah merangkul gelaran Aplikasi Tempahan Perjalanan Terbaik Asia di dalam Anugerah Teknologi Pengembaraan Dunia 2023. Pada masa yang sama, anugerah ini mengukuhkan lagi kedudukan syarikat AirAsia sebagai syarikat peneraju "one-stop travel". Berikutan kemenangan yang telah disandang mereka dalam Anugerah Pelancongan Dunia 2023 sebagai Agensi Pelancongan Dalam Talian Terkemuka di Asia (OTA) diperoleh daripada pencolanan sulung airasia Superapp.

Sehubungan dengan itu, airasia Superapp juga turut dinobatkan sebagai Aplikasi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Laman Web Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia selama dua tahun berturut-turut. airasia Superapp bertujuan untuk memberikan pengguna aplikasi mereka merasakan pengalaman perjalanan yang lancar setaraf dengan OTA yang lain seperti Citilink Indonesia, Turkish Airlines, Etihad Airways, ANA, Japan Airlines dan banyak lagi yang bekerja bersama AirAsia.

Pengumuman pembaharuan airasia MOVE akan dilakukan pada bulan Disember tahun ini yang akan dijangka membawa pengalaman pengguna yang lebih tinggi dan akses lancar kepada perkhidmatan perjalanan serta kewangan daripada BigPay dalam satu platform.

Featured-Image-Wiser-Article-4-2.jpg


Anda boleh memuat turun aplikasi airasia Superapp di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.​
 
Back
Top
Log in Register