BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air mani atas biskut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Los Angeles: Bayaran pampasan berjumlah berjuta-juta dolar akan dibayar kepada beberapa pelajar sebuah sekolah menengah rendah tempat seorang guru dituduh mencabul kanak-kanak dan menyuapkan mereka air maninya.

Mark Berndt memaksa pelajarnya mengambil bahagian dalam permainan ‘rasa’ apabila dia memberikan air maninya yang disapu pada biskut dan sudu. Pendakwa raya berkata, guru itu kadang kala menutup mata pelajar dengan kain dan merakam aksi mereka.


Tindakan undang-undang juga difailkan selepas seorang lagi guru dituduh melakukan aksi lucah terhadap seorang kanak-kanak yang menurut pihak berkuasa diraba di dalam kelas.

Pendakwa raya, Raymond Boucher berkata semalam, setiap pelajar itu mungkin diberi pampasan berjumlah $470,000 (RM1.4 juta), Berndt yang mengajar selama 32 tahun di Sekolah Rendah Miramonte di Los Angeles mengaku tidak bersalah dalam kes jenayah itu.


Springer juga mengaku tidak bersalah. Berndt guru gred tiga dan mengajar murid berusia tujuh hingga lapan tahun ditahan selepas seorang pengasas web foto menemui berpuluh-puluh foto kanak-kanak dengan mata mereka ditutup sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa. Polis berkata, mereka kemudian menemui sudu plastik dalam bakul sampah di bilik darjah Berndt dengan kesan air mani. Peguam Brian Claypool melebel penderaan itu sebagai “drama yang telah lama berlangsung”.


Bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa berjuta-juta dakwaan mungkin memusnahkan daerah itu. Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana penderaan seksual di daerah persekolahan kedua terbesar di Amerika Syarikat itu boleh berlaku begitu lama tanpa dapat dikesan? Sejurus selepas penahanan Berndt, semua 76 guru sekolah itu dipindahkan sementara kakitangan dan pentadbir diberi cuti.

Enam bulan kemudian pada awal tahun persekolahan, 43 daripada guru terbabit kembali ke sekolah Miramonte yang distruktur semula dengan guru besar baru. Manakala selebihnya bersara atau dipindahkan ke sekolah lain. - Agensi
 
Meroyan ke apa cikgu nie... tapi, at least beliau tak cabul, raba ataupun rogol pelajar pelajarnya...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
dapat 1.4juta sorang tu
 
x dapat aku bayangkan macam mana benda yg di panggil 'air mani' tu.
tapi serius aku rasa nak muntah je ni.
dah lah tengah mengadap brekfes..
 
Gile punye orang, cam ni pun ade
 
klo high school mesti dapat tau benda tu apa hehe
 
x dapat aku bayangkan macam mana benda yg di panggil 'air mani' tu.
tapi serius aku rasa nak muntah je ni.
dah lah tengah mengadap brekfes..
dah kawen nnt tau le...
takyah sibuk2 nak bayangkan...:):)
 
tu memg sex addict tu. psiko tu. cabul xnak tp suka wat mcm tu
 
Back
Top
Log in Register