BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,190.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

air dicincang takkan putus

tyco

Active+ Member
gem
Messages
4,115
Joined
Sep 16, 2010
Messages
4,115
Reaction score
1,680
Points
111
saya tertarik dalam satu petikan ayat dari al quran yang bermaksud
"Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
petikan ayat ini diambil dari surah Muhammad, ayat 22 dan 23.

bagi pandangan saya,keakraban adik beradik adalah suatu nikmat anugerah yang tidak terhingga.dari keakraban adik beradik ini terhasil lah simfoni keluarga sakinah ma waddah warahmah selepas ketiadaan ibubapa.
so kenapa saya berkata begitu...keakraban adik beradik adalah suatu pergantungan muafakat diantara satu sama lain selepas ketiadaan ibubapa....
malah ada riwayat menyebutkan bahawa rasulullah pernah bersabda "barangsesiapa yang ingin dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah mereka menyambung sillaturrahim"

sifat kasih sayang dan hormat menghormati diantara satu sama lain serta menjaga adab tatasusila sesama adik beradik maka terbentuklah rahmah ma waddah seumpama air yang apabila dicincang cincang dengan mata pedang tidak terputus sebaliknya hanya berkocak air selepas kemudian air tersebut tenang kembali.

sebaliknya jika tiada keakraban tersebut seumpama sebuah kapal berkemudi di lautan yang sentiasa bergelora dan akhir nya kapal tersebut tenggelam bersama kelasi kelasi kapal dan kemudiannya terus hanyut ...begitulah diibaratkan dengan institusi keluarga yakni adik beradik sehingga terlahir lah keruntuhan akhlak

firmanya dalam surah at tuur ayat 21 yang bermaksud

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya
 
Back
Top
Log in Register