BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usah Putus Asa Dari Rahmat Allah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
IMG_20231113_125007_938.jpg


USAH PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH SWT

Allah SWT telah memerintahkan Nabi SAW untuk menyampaikan pesanan kepada umat manusia melalui ayat ini supaya tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Betapa kasihnya Allah SWT kepada hamba-hambaNya, melalui ayat ini, Allah SWT memberi harapan dan peluang kepada hamba-Nya ketika masih hidup untuk bertaubat atas kesalahan dan dosa-dosa maksiat termasuklah dosa syirik yang mungkin kita telah lakukan tanpa kita sedar.

Perbanyakkan istighfar, solat sunat taubat, berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT. Ketahuilah bahawa rahmat Allah SWT meliputi segala-galanya kerana Dialah Yang Pengampun lagi Maha Penyayang.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Betul tu.
Satu lagi, kena sentiasa bersyukur, redha dan tawakkal kpd Allah.
Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita :)
 
Jika kita redha dgn ujian dari Allah, kita dapat:
1/ Dikasihi, dicintai oleh Allah.
2/ Pahala infiniti.
3/ Syurga seluas langit dan bumi
4/ Dihapuskan dosa2.
5/ Dpt pilih bidadari yg kita mahu.
7/ Dimasukkan ke dalam golongan yg bertakwa, sabar (iaitu bekalan paling terbaik di akhirat)
8/ Masuk syurga tanpa hisab, tanpa azab (memaafkan org lain, sabar dgn penyakit)
9/ Derajat dinaikkan jadi tinggi.
10/ Org yg paling baik akhlaknya dan banyak selawat dapat duduk dekat dengan Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat dan di dalam syurga Firdaus.

Allah tidak akan sia-siakan kesabaran hambaNya.
Dont give up.
 
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu anhu dia berkata,
“Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Allah Azza wa Jalla berfirman

‘Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap hanya kepadaKu, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepadaKu, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu denganKu dalam keadaan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.”
 
Back
Top
Log in Register