BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aiman teruja bakal dapat adik

Boboi

Fun Poster
Messages
671
Joined
Jul 14, 2010
Messages
671
Reaction score
50
Points
30
aiman_cropped_1501066614.jpg
Aiman harap kehamilan ibu lancar​

PENYANYI Aiman Tino bakal dikurniakan adik apabila ibunya, Hazelina Mat Jalil, 41, disahkan hamil tiga bulan dan bakal melahirkan anak ke-11.

Aiman, 19, yang juga anak keempat berkata, dia terkejut bercampur gembira apabila ibunya memaklumkan ahli keluarga mereka akan bertambah, baru-baru ini.

"Saya orang terakhir yang dimaklumkan mengenai berita kehamilan itu. Ketika itu, ibu menghubungi saya yang dia baru pulang dari hospital dan disahkan hamil.

"Saya terkejut dan gembira apabila ahli keluarga kami akan bertambah. Saya harap kehamilan ibu kali ini berjalan lancar," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aiman, dia juga bercadang untuk menjadikan bayi yang bakal dilahirkan itu sebagai anak angkatnya.

"Ibu dijangka bersalin awal tahun depan. Saya beritahunya apabila bayi itu lahir nanti saya mahu menjaga makan minumnya.

"Bukan apa, usia kami nanti agak jauh. Jadi, apa salahnya saya menjaganya seperti anak angkat," katanya.

Selain Aiman, Hazelina dan suami Yusry Ishak, 48, mempunyai sembilan lagi anak iaitu Nur Fara Ain, 23; Mohd. Aidil, 22; Nur Fara Azira, 21; Nur Isfasha, 15; Mohd. Haikal, 11; Nur Alya Mahsuri, 8; Nur Qaseh Mahsuri, 6; Mohd. Ikhwan, 3; dan Nur Nina Izara, 2.

https://www.hmetro.com.my/rap/2017/07/247890/aiman-teruja-bakal-dapat-adik
 
Jambu la mamat nie :eek:

Kau belajar bahasa Korea/Jepun/Mandarin...kau gi try jadi pelakon kat tiga negara tu.

Insha-allah laku.

Diorang memang pantang mamat muka jambu :eek:

#histeria
 
Ramai adik beradik dia...produktif parents dia :"> :">
 
adik sendiri buat anak angkat?

btul ke x wartawan nI?
 
rasanya kalau lambat 'pencen' silap2 bole tersasul smp ke-12 ni... :D
 
Back
Top
Log in Register