BTC USD 63,050.0 Gold USD 4,310.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AIM tekankan kepentingan inovasi

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
AGENSI Inovasi Malaysia (AIM) akan mengadakan Persidangan Inovasi Malaysia (IMC) 2014 pada 28 dan 29 Ogos ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Rozario berkata, persidangan itu akan memberi tumpuan pada Pulangan Inovasi untuk mempercepatkan pertumbuhan dan keuntungan syarikat.

Ini kerana, katanya, inovasi penting memandangkan ia penyumbang kepada pertumbuhan negara, syarikat serta individu.

“Ketika ini, 32 peratus daripada pendapatan negara kasar Malaysia disumbang perusahaan kecil dan sederhana dan dijangka berkembang kepada 41 peratus.

“Hasil penyelidikan dijalankan rakan kongsi kami, Nesta, sebuah badan amal inovasi di United Kingdom mendapati, syarikat-syarikat inovatif berkembang dua kali ganda lebih cepat berbanding rakan mereka yang kurang inovatif,” katanya pada sidang media sempena IMC 2014 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif AIM, Abdullah Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia ,Tan Sri Michael Yeoh.

Rozario berkata, persidangan itu juga akan menjurus ke arah menangani isu-isu berkaitan dengan inovasi dari perspektif korporat dengan pelbagai topik diketengahkan.

IMC 2014 menampilkan penceramah terkenal antaranya Pengarah Eksekutif (Pelaburan) Khazanah Nasional, Tengku Datuk Seri Azmil Zaharuddin dan Ketua Pegawai Inovasi Axiata Group Berhad, Karan Henrik Ponnudurai.

Ia dijangka dihadiri 500 peserta terdiri daripada usahawan serta pelabur dan program itu bakal dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
lerr aku ingat AIM=amanah iktiar mesia tadi..huhu bagus event ni. patut semua join.ada sekor kat 1 tmpt tu, skeptikal dgn inovasi. penat dah aku bikin, dia asik nak kondem je. tunjuk mcm ol skul dia tu best sgt. skang dia dah berambus. senang ati aku.
 
Back
Top
Log in Register