BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli Perniagaan Rugi RM1.25 Juta Tertipu Pelaburan Mata Wang Kripto

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Ahli Perniagaan Rugi RM1.25 Juta Tertipu Pelaburan Mata Wang Kripto​

e9b3900c6f911e373dea3f30a3da6d976a392a1e2aa61

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin


--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang ahli perniagaan kerugian RM1.25 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto sejak Januari tahun lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kes dikesan selepas mangsa berusia 45 tahun itu tampil membuat aduan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada 10 Julai lepas.

“Siasatan awal mendapati mangsa diperkenalkan kepada beberapa individu yang menawarkan peluang pelaburan mata wang kripto dengan janji pulangan lumayan.

“Suspek turut mengadakan beberapa sesi penerangan bagi meyakinkan mangsa untuk menyertai pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi pemindahan aset digital ke dalam dompet digital yang diarahkan suspek antara 28 Mac hingga 17 April 2025.

Bagaimanapun, Alwi berkata mangsa gagal memperoleh pulangan yang dijanjikan selain tidak dapat mengeluarkan semula modal pelaburan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register