BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima Premis Perniagaan Di Jeti Chew Terbakar, Peniaga Rugi RM1 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

Lima Premis Perniagaan Di Jeti Chew Terbakar, Peniaga Rugi RM1 Juta​

76157730a6a5e6e6ace609972ca8e96568a13ad18ae06

Gambar fail Bernama

Lima premis perniagaan di kawasan ikon warisan Pulau Pinang, Jeti Chew di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Pegawai Operasi Zon 1, Daerah Timur Laut, Penolong Penguasa Bomba Rusli Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.08 pagi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan lima kedai termasuk bengkel kereta, kedai kimpalan, kedai barang lusuh dan kilang kayu. Operasi pemadaman masih dijalankan setakat 3 pagi, namun kebakaran telah berjaya dikawal dan tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah stesen minyak berhampiran selain mengelakkan api daripada merebak ke kawasan perumahan di sekitar lokasi kejadian.

Operasi pemadaman melibatkan kira-kira 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Jalan Perak dan Lebuh Pantai, selain dibantu kira-kira 17 anggota bomba sukarela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.

Rusli memaklumkan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang mangsa, Toh Aik Aun, 50, berkata premis percetakan kemeja-T yang diusahakannya sejak kira-kira 30 tahun lepas musnah dalam kejadian itu.

“Sebenarnya terdapat ratusan helai pakaian pelanggan yang masih menunggu untuk disiapkan dan dihantar. Semua musnah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Hong Jing Lian, 60, berkata kedai mengecat kereta miliknya yang telah beroperasi sejak 1997 turut musnah dengan kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta.

 
Back
Top
Log in Register