BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli MPAJ terima peluru

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
puabullet.jpg

gambar hiasan


Kuala Lumpur: Ahli Majlis Ketua Zon 21 Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Supiramany Sinnapayal menerima sebutir peluru dalam sampul surat di pejabatnya di Kampung Cheras Baru, di sini, jam 9.30 pagi semalam.

Difahamkan, setiausaha ahli majlis itu, Roslin Bala yang membuka pejabat pada pagi hari kejadian menemui sampul surat berkenaan yang dimasukkan di bawah pintu dipercayai pada awal pagi.


Supiramany berkata, selepas menemui sampul surat yang mencurigakan setiausahanya menghubungi dia dan ahli jawatankuasa penduduk lain dan sebaik membuka sampul itu, mereka menemui sebutir peluru hidup.

“Saya percaya peluru itu dihantar bertujuan menakutkannya dan saya berjanji tidak takut untuk mati dan terus berkhidmat untuk rakyat,” katanya pada sidang media, semalam.


Menurutnya, dia enggan membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah bagi membolehkan polis membuat siasatan mengenai kejadian itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ahlimajlisterimapeluru/Article/index_html
 
dia dpt ugutan sbb dia degil xnak terima rasuah ke atau sebaliknye???
 
10cent tu apa maksud lak eak

perbezaan saiz,kita boleh anggarkan sendiri besar mana peluru tu dibandingkan dengan saiz duit sekupang.
jadi anggapan aku peluru tu kecik jerk pun ,kalo kena x lut lah.:D
 
perbezaan saiz,kita boleh anggarkan sendiri besar mana peluru tu dibandingkan dengan saiz duit sekupang.
jadi anggapan aku peluru tu kecik jerk pun ,kalo kena x lut lah.:D

apa beza syiling 50cent yg comando bagi kt budak tu lak:-?
 
Back
Top
Log in Register