BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahli MCA di BELASAH?

Halimm

Active+ Member
Messages
3,963
Joined
Aug 18, 2009
Messages
3,963
Reaction score
14
Points
25
Protes terhadap presiden, ahli MCA dibelasah

Mei 11, 10 4:52pm

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek masih dihantui oleh skandal seksnya dan masih ramai, khususnya masyarakat Cina yang belum memaafkannya.

Pada satu majlis di dewan sekolah rendah Cina di Machap Baru, Melaka, Ahad lalu setelah kira-kira lapan minit berucap, seorang pemimpin pemuda tiba-tiba naik ke pentas dengan membawa sepanduk yang berbunyi: Presiden, jika anda sayangkan MCA, tolong letak jawatan.”

Chua bagaimanapun tidak menghiraukan lelaki itu dan meneruskan ucapannya.

Setelah 'tetamu' yang tidak diundang itu dibawa turun dari pentas, Chua berkata,”Jangan biarkan tindakan menceroboh seseorang itu menganggu keseluruhan majlis berkenaan.”

'Tetamu' yang tidak diundang itu kemudiannya dikenal-pasti sebagai setiausaha pemuda MCA bahagian Alor Gajah, Chai Ming Swee.

Dia memberitahu yang dia ditolak dari pentas itu secara kasar dan kemudiannya dibelasah oleh tiga lelaki di bahagian kepala dan badannya. Akibat tindakan itu, bajunya koyak, manakala cermin matanya pecah.

Menurut Chai lagi, tambah menyedihkan ialah ada ahli-ahli MCA yang hanya melihat sahaja dan membiarkan dirinya dibelasah.

Mujur, katanya, seorang pengawal berbangsa India campur tangan dan mengarahkannya supaya segera meninggalkan majlis itu.

"Semasa menuju ke kereta, lima lagi orang terus mengejar saya. Seorang daripada mereka melemparkan topi keledarnya yang mengenai kereta saya sehingga menyebabkan bonnet kemek.

"Saya dengan segera meninggalkan tempat itu dan menuju ke balai polis untuk membuat laporan dan seterusnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.”

sumber malaysiakini.
 
tumpang bangga sbb dia org melaka
 
manyak taiko teko teh dlm itu MCA woo..huo keng ngaa(sgt takut wooo) ..hehehe..mali lali nanti kana hantam
 
mca dah x ada sokongan.... betul ker?

tu ler buat cite panas2 skit...baru semua org tau? hermmmm
 
Eh.... Teringat lagi kat batang ahpek tu. Mesau wow..... Hiks!
 
taiko labis... huahaha... kes bunuh dlam lori kontena tu da settle ka?
 
Back
Top
Log in Register