BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ah long tipu pelanggan RM170,000

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
MELAKA - Gara-gara terlalu teruja untuk mendapatkan duit pinjaman daripada ah long sebanyak RM800,000, seorang ahli perniagaan kini sengsara apabila mengalami kerugian RM170,000.

Dalam kejadian pada 28 Julai lalu itu, mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun pada mulanya berhasrat untuk meminjam RM200,000 daripada seorang ah long yang dikenalinya.

Bagaimanapun, ah long tersebut menawarkan pinjaman sehingga RM800,000 dengan syarat dia perlu memasukkan wang sebanyak RM170,000 kononnya sebagai proses pinjaman.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, teruja dengan tawaran itu, mangsa tanpa berfikir panjang terus memasukkan wang sebanyak RM170,000 ke dalam akaun ah long tersebut.

"Bagaimanapun selepas dua hari memasukkan wang itu, ah long berkenaan tidak memberi sebarang respons kepada mangsa. Apabila menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tengkera pada 30 Julai lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.
 
nak pinjam 200k..tapi boleh bagi plak 170k...baik xpyh pinjam...
 
nak pinjam 200k..tapi boleh bagi plak 170k...baik xpyh pinjam...

itulah pasal. tak ke peliknya jadi sampai mcm tu. Hehu.. Rasanya dia nak scam along kot. Last2 skali dia yg kena scam. hahaha :eek::eek::)):))
 
hahaha... bikin lawakk ahli perniagaan ini.. wakaka
 
mata duitan. langsung tak fikir apa. ikutkan nafsu. hanyutttt... padan muka. :p
 
Back
Top
Log in Register