BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun Kepada Sultan Brunei

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Agong Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun Kepada Sultan Brunei​

5efe260d9b4ab4bc849dcf87d190c91e6a56f115cc5c2

Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut mendoakan semoga Allah SWT merahmati Sultan Brunei dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

Baginda merupakan pemerintah monarki yang paling lama masih bertakhta di dunia, selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Sept 2022.

 
Back
Top
Log in Register