BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Zahir Takziah Dua Anggota Tentera Maut Letupan Bom Di Kem Hobart

14253530990933405-405331.jpg

14253530990933405-405332.jpg

14253530990933405-405333.jpg

14253530990933405-405334.jpg

14253530990933405-405335.jpg

14253530990933405-405336.jpg

14253530990933405-405337.jpg


Jenazah Prebet Siti Khadijah selamat dikebumikan


KLUANG – Jenazah Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun, Kedah pada Isnin, selamat dikebumikan dengan istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Lambak pada jam 1.15 tengah hari Rabu.

Ibu Allahyarhamah, Zaliha Said, 56, dilihat beberapa kali hampir rebah sebaik tiba di kawasan perkuburan sebelum ditenangkan ahli keluarga untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak bongsunya itu.

Anak sulung keluarga, Siti Zaiha Sungip, 39, berulang kali memujuk ibunya untuk terus kuat dalam suasana hiba.

Sebelum itu, van membawa jenazah yang bertolak dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada jam 3 pagi singgah di rumah ibu bapanya sebagai persinggahan terakhir sebelum dibawa Masjid Nurul Iman di sini untuk solat jenazah.

Solat jenazah diimamkan Mejar Mohd Azlan Shah Abdul Razak, Institut Kejuruteraan Medan (IKM) Tentera Darat (TDM).

Kira-kira 200 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara, jiran dan anggota tentera memenuhi rumah keluarga mangsa sekitar jam 12.10 tengah hari.


Kedua-dua anggota terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Kedah.

Artikel Sinar Harian
 
14262429944806893-407919.jpg

14262429944806893-407920.jpg

14262429944806893-407921.jpg


Kem Hobart: Dua lagi tentera cedera ketika latihan


GURUN – Dua anggota tentera cedera di bahagian kaki ketika menjalani latihan menembak di Kem Hobart di sini dipercayai akibat masalah teknikal ketika mengendalikan senjata dalam kejadian pada Isnin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu, seorang jurulatih berpangkat Sarjan berusia 35 tahun terpaksa menerima lapan jahitan di bahagian paha kanan berhampiran lutut.

Menurutnya, seorang lagi mangsa iaitu penembak berpangkat Koperal berusia 29 tahun cedera di bahagian pangkal lutut kiri dan masih menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

“Ketika latihan, senjata itu mengalami stoppage atau terhenti dengan sendiri. Mengikut prosedur operasi standard (SOP), tindakan keselamatan telah diambil dengan mengosongkan senjata dan meletakkannya dalam keadaan selamat namun ketika pemeriksaan dilakukan, ada 'part' senjata itu tiba-tiba meletup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pondok Polis Jeniang di sini pada Selasa.

Menurutnya, doktor mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan tembakan.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa latihan disertai lebih kurang 300 anggota dari sebuah kem di Perlis bermula 28 Jun dan dijadualkan berakhir Khamis ini, melibatkan pelbagai fasa termasuk penggunaan senjata ringan dan berat.

Adzli berkata, pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pakar persenjataan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Sebelum ini, media melaporkan dua tentera terkorban akibat terkena letupan bom ketika menjalani latihan di kem yang sama pada 16 Jun lalu.

Menurut Adzli, siasatan berhubung insiden letupan bom telah selesai dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

“Siasatan kes bom sebelum ini selesai di peringkat polis. Bagaimanapun siasatan terperinci berkaitan aspek teknikal diserahkan kepada pihak tentera,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan kerja-kerja naik taraf di Balai Polis Jeniang sedang berjalan bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan operasi anggota.


Artikel Sinar Harian
 

Dua Anggota Tentera Cedera, Senjata Api Meletup Semasa Latihan​

d927ab98771d799f0ed0a94fec26e3206a438e4c04072

Datuk Adzli Abu Shah

Dua anggota tentera cedera selepas senjata api yang digunakan semasa sesi latihan menembak meletup di Kem Hobart, Gurun, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata dalam kejadian pada 6.05 petang itu, seorang jurulatih berpangkat sarjan dan seorang pelatih berpangkat koperal mengalami kecederaan pada bahagian paha.

“Jurulatih lelaki berusia 35 tahun itu menerima lapan jahitan pada paha kanan manakala pelatih lelaki berusia 29 tahun yang mengalami kecederaan pada paha kiri masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan masalah teknikal, bukan disebabkan kecuaian atau terkena tembakan peluru, sebaliknya berkemungkinan daripada serpihan objek atau bahan asing yang terpelanting selepas berlaku letupan pada bahagian senjata berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pondok Polis Jeniang dekat sini hari ini.

Adzli berkata sewaktu sesi latihan, senjata berkenaan mengalami stoppage atau terhenti dengan sendiri.

“Mengikut prosedur operasi standard (SOP), tindakan keselamatan telah diambil dengan mengosongkan senjata dan meletakkannya dalam keadaan selamat, namun ketika pemeriksaan dilakukan, ada part senjata itu tiba-tiba meletup.

“Doktor turut mengesahkan kecederaan bukan berpunca daripada peluru,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 300 anggota tentera dari Perlis sedang mengikuti latihan menembak membabitkan pelbagai jenis senjata, bermula 28 Jun sehingga Khamis ini.

“Ada banyak fasa latihan dan dalam kejadian petang semalam mereka sedang berlatih menggunakan senjata berat.

 

TDM Tubuh Lembaga Siasatan Susulan Insiden Senjata Api Meletup Cederakan Dua Anggota​

c24dd85e5316b25c25ac123208fe1027686a57c4598db


Tentera Darat (TDM) menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca insiden senjata api meletup yang mencederakan dua anggotanya semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, semalam.

TDM dalam kenyataan memaklumkan Sarjan Mohamad Firdaus Che Shaharudin dan Koperal Felix Franchis dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terkena serpihan dalam kejadian 6.15 petang itu.

Kenyataan itu memaklumkan insiden berkenaan berlaku ketika sesi latihan tembakan apabila senjata yang dikendalikan oleh kedua-dua anggota tersangkut (stoppage) dan tidak meletup.

“Kedua-dua anggota telah melaksanakan tindakan segera mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan bagi menangani situasi berkenaan, bagaimanapun satu letupan telah berlaku secara tiba-tiba mengakibatkan kedua-dua anggota mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terkena serpihan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kedua-dua anggota kemudian diberikan rawatan kecemasan awal di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan pasukan sebelum dihantar ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut.

TDM memaklumkan Mohamad Firdaus telah menerima rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang ke pasukan manakala Felix dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi rawatan dan pemantauan lanjut.

“Kedua-dua mereka berada dalam keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.

TDM memaklumkan lapang sasar berkenaan ditutup sementara bagi membolehkan proses siasatan berjalan lancar.

“TDM memandang serius terhadap insiden ini dan akan memastikan aspek keselamatan serta prosedur operasi standard latihan sentiasa diutamakan,” menurut kenyataan itu.

 

Kawalan Sempadan Terus Diperkukuh Susulan Insiden Letupan Di Tak Bai - Adly​

3c7bace2275cfe811d8cdcfeea6c8b9f6a463b8a09dc8

3d90ed7ce14b8fb70cd0b25c811f88756a463bd28446c

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (tiga, kiri) menyaksikan penyerahan kad debit Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Affin Bank, Mohd Fazi Rahim (dua, kiri) kepada Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal (dua, kanan) pada Majlis Perasmian Jelajah Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Edisi Pantai Timur di Kem Desa Pahlawan, Ketereh hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand terus diperkukuh susulan kejadian letupan bom yang mencederakan dua rakyat Malaysia di Tak Bai, Narathiwat, Isnin lepas.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata walaupun insiden itu berlaku di luar Malaysia, aspek keselamatan anggota yang bertugas serta rakyat negara ini kekal menjadi keutamaan.

“Komunikasi dan pertukaran maklumat sentiasa dilakukan dengan pihak berkuasa Thailand dan segala perkara berkaitan keselamatan rakyat diberi keutamaan.

“Sebarang kejadian di kawasan sekitar akan dipantau, selain memperkukuh aspek keselamatan tanpa mengabaikan usaha membanteras aktiviti penyeludupan yang melibatkan semua agensi penguat kuasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Wira Lembaga Tabung Angkatan Tentera Edisi Pantai Timur di sini hari ini.

Beliau berkata kerjasama dengan tentera Thailand juga terus diperkukuh melalui komunikasi berterusan, selain perbincangan menerusi Jawatankuasa Sempadan Bersama yang membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan kedua-dua negara.

Adly berkata Malaysia turut menjalin hubungan baik dengan negara-negara ASEAN, termasuk dalam aspek perkongsian maklumat keselamatan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Media sebelum ini melaporkan dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka rosak teruk akibat letupan bom di sebuah jalan di daerah Tak Bai, Narathiwat, Isnin lepas.

Dua mangsa, Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, yang sedang bercuti di Narathiwat, menerima rawatan awal di Hospital Narathiwat sebelum dibawa pulang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sementara itu, Adly berkata Kementerian Pertahanan akan membuat siasatan terperinci berhubung punca kejadian yang mengakibatkan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cedera ketika latihan menggunakan senjata berat di Kem Hobart, Kedah pada Isnin lepas.

 

Laporan Siasatan Letupan Bom Di Kem Hobart Dijangka Siap Pertengahan Julai​

c4a2201dceefc4f29f6b6c4490b7bb2c6a4a015237050

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyantuni sebahagian anggota tentera selepas menyempurnakan pelancaran Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) di Masjid Jamek Al-Faizin Felda Air Tawar 2 hari ini.

Program ini merupakan inisiatif strategik oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bagi memperkukuh hubungan antara anggota tentera dengan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan diadakan, termasuk ceramah perdana di masjid, motivasi sekolah, kelas pengurusan jenazah, serta literasi faraid.

Siri program ini turut bertindak sebagai platform untuk menyantuni rakyat serta menghargai pengorbanan dan peranan penting anggota ATM dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Laporan siasatan berhubung insiden letupan bom yang mengorbankan dua anggota tentera semasa menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun bulan lepas, dijangka diserahkan kepada Kementerian Pertahanan pada pertengahan bulan ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata laporan berkenaan sedang dimuktamadkan, sebelum diserahkan kepada kementerian bagi tindakan lanjut.

“Saya difahamkan laporan itu akan diserahkan pada pertengahan bulan ini. Insya-Allah, saya akan laporkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ilmiah Keagamaan Masyarakat (PIKAT) di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata Tentera Darat Malaysia (TDM) turut diarahkan menilai semula pendekatan latihan yang dilaksanakan, termasuk mengambil kira insiden kedua yang berlaku di kem sama.

“Kita perlu lihat sama ada terdapat kelemahan lain dan sebagainya. Semua ini hanya akan kita buat keputusan selepas kita menerima segala siasatan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.57 pagi pada 16 Jun lepas, dua anggota yang terlibat iaitu Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), mengalami kecederaan parah akibat letupan semasa latihan berkenaan.

Kedua-dua anggota tersebut telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Selang dua minggu pada 29 Jun, satu lagi insiden berlaku membabitkan kejadian senjata api meletup yang mencederakan dua anggota tentera semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT), di lapang sasar kem sama.

Sarjan Mohamad Firdaus Che Shaharudin dan Koperal Felix Franchis daripada Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terkena serpihan dalam kejadian 6.15 petang itu.

 
Back
Top
Log in Register