BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agong Periksa Mangsa Kemalangan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
29.01.2020 - Kuala Lumpur, Keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap rakyat tanpa mengira waktu dan tempat sememangnya tidak boleh dinafikan.

Terbaharu, Seri Paduka sekali lagi mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan mangsa kemalangan berhampiran plaza tol Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Kuala Lumpur, pagi ini.

Berdasarkan perkongsian menerusi hantaran di Instagram Istana Negara, baginda ketika itu sedang dalam perjalanan bagi menghadiri majlis menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet di Putrajaya.
Iklan

Selepas melakukan pemeriksaan dan bertanya khabar pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu, Seri Paduka meneruskan perjalanan ke Istana Melawati, Putrajaya bagi menghadiri majlis tersebut.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah dilaporkan pernah dua kali mencemar duli turun daripada kenderaan rasmi baginda bagi memeriksa keadaan serta bertanya khabar pemandu yang terlibat dalam kemalangan pada hari yang sama di sekitar Putrajaya, tahun lepas.

5d6cbc38d30348509254d0f6fee2bba2.jpg


2f94ee73f136a3a74d9fb84f9a03575f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508777
 
YDPA ni.. muka dia nampak serius tapi memang baik hati.
 
Back
Top
Log in Register