BTC USD 83,422.8 Gold USD 4,173.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agen Prudential Mogok kan aritu

pajamada

Active+ Member
gem
Messages
2,978
Joined
Apr 19, 2011
Messages
2,978
Reaction score
1,318
Points
106
aku ternampak kat berita tv. ramai jugak ejen2 yang mogok. pasai ape ye?? :-?:-?


Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin pembaca CG yang budiman.*

Pertama sekali, saya harap, sesiapa yang tau cerita sebenar, harap jgn buat cerita seolah2 memang dia tau apa yang berlaku.*

Ok, saya kan terangkan satu persatu, dan harap semua boleh faham.

1- Pertama sekali, perkara ini "TIDAK EFFECT LANGSUNG" dengan agreement client. So, ada saya tengok yg bg statement effect kepada client punya agreement tu, sebenarnya memang tidak betul sama sekali.

2- Perkara ini hanya melibatkan agreement antara agency force (Agent dan Leader) dgn company. Untuk saya cerita details, saya rasa tak perlu kecuali anda agent prudential, sebab kalau saya terangkan, sure ada benda lain yg berkaitan saya kena terangkan i.e terminologi yg diguna pakai mcm RGB, ADI, LSB, HPFB dan sebagainya.

Apa yang saya boleh sebut, semua tu adalah benefit2 yang agent entitled. Tapi ada yg diantaranya dikeluarkan dari agreement atas beberapa sebab. Benda ni start tahun 1996 lagi, sebelum ni semua dibuat melalui meja rundingan, conference dan sebagainya. Tapi, bermula 9 tahun lepas, ada ura-ura dari CEO masa tu untuk ubah, tapi mereka beritahu secara verbal...then, rundingan dan perbincangan start lama dah. Then, sekarang ni, ada satu keadaan di mana perbicangan mcm tak boleh nak dibuat secara rundingan. So, yang ini, saya tak boleh bgtau details, cukup you all tau, ada masalah sikit dgn rundingan.*

So, itu yang jadi sampai mcm ni sebab nak minta management dari *Prudential Corp Asia (PCA) campur tangan. Tapi, asyik delay2 and ada le beberapa sebab. So, tu yang panggil media and buat piket.

Ok, untuk pemegang policy prudential or prubsn takaful, benda ni timbul since 1996, and you all tak pernah tau pun and tak pernah effect pun client. Sebab ini mmg antara agency force dan company. Agency force hanya minta management consider to put back apa benefit yang ada pada agreement dulu.*

Ada beberapa perkara yang mungkin saya boleh citer lebih details, contoh, retirement age, kalau dulu retirement age at age 60, tapi, now tiada retirement age, so, *agent atau leader kena kerja sampai hujung hayat. And makin berumur, makin tak larat, ini semuaorg tahu, tapi bila tak der retirement age, agent kena kerja dan tertakluk kepada maintenance of contract (MOC), so, kalau dah tak larat dan tak dpt nak maintain contract, kena demote or terminate, then income semua stop. So, cuba anda fikirkan, bagus ke contract mcm tu, and kalau nak retire, kena inform company. Kalau company rasa kita tak perlu retire, company ada hak tak bg retire. Sedangkan, kerja swasta or gomen ada retirement age secara automatik.

Ini salah satu daripada issue nya. Ada lagi, clause prolonged illness (sakit berpanjangan, tapi bukan kategori critical or total permanent disable) , pun tak boleh apply for early retirement untuk dptkan kan benefit retire. Antara benefit retire, kita dpt commission lagi walau pun tak maintain contract (min production, CPD hours and manpower (utk leader))...so, benda2 ni yang agency force minta company reconsider balik untuk berikan satu clause yang lebih adil dan win2 situation.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kalau anda bekerja makan gaji, anda dilindungi di bawah Labour Law, maksudnya kalau majikan buat sesuatu yang tak sepatutnya, boleh buat aduan dan amik tindakan. Tapi kalau agent mcm kami, tiada akta yang berkaitan dgn kerja mcm kami, so, hanya agency agreement yang kita boleh bawak ke mahkamah atau sebagainya.

So, sebab tu, agency force pertahankan hak mereka.*

Selain dari itu, saya personally, saya join since 2003, Prudential and PruBSN Takaful memang best sebab apa yang saya dpt sekarang ni pun sayatak pernah terfikir sebelum ni. Cuma agency force buat mcm tu, sebab mempertahankan hak mereka yang mana dulu mereka entitled dan skrg ada benefit yang dikeluarkan.

So, kalau dilihat serba sedikit dari cerita di atas, issue bermula since1996, dan negotiation active since 9 tahun lepas, so, sebelum ni ada issue dgn client ke? Ada masalah dgn client punya agreement ke? So, tiada apa2 kaitan langsung dgn agreement dengan client.*

So, sesiapa yg kata ada effect and dgn lantangnya mcm nak buruk2kan policy prudential or prubsn takaful, better you betulkan balik statement tu. Bulan Ramadhan yang mulia ni, tak baik tabur fitnah. Tapi, kalau masih lagi nak buat,terpulang.*

Seperkara lagi, yang ini saya nak anda fikirkan sendiri. Dalam group yang piket tu, bukan agent sahaja yang turun. Tapi leader2 yang dah established...kalau saya bgtau mungkin anda rasa saya tipu, tapi itu tak penting sebab apa yang saya nak bgtau untuk anda semua berfikir.

Leader2 yang dah established ni ada yang antaranya dah join prudential selama 25 tahun dan ada yang 30 tahun bersama Prudential. Talk abount income, on average 150K - 250K per month, and ada yang lebih dari tu. Per month tau, bukan per year, kalau tak percaya you boleh tanya agent2 kat CG ni, bukan dari Prudential sahaja, mana2 company pun , kalau group satu agency tu buat production consistent,tak payah banyak la... Setahun 5 million cukup, dalam masa 3-4 tahun berapa agak2 income leader. And bera pa income agent yg perform dalam agency tu.*

Selain dari tu *punya passive income sahaja ada yang lebih dari commission kat prudential. You rasa, untuk apa lagi diorg fight utk benefit tu? You rasa dia tak cukup income lagi ke? Sedangkan, diorg dah boleh retire happily. Tapi kenapa diorg pun sama2 fight?

- Ok, meh sini saya cerita. Dalam mana2 company pun, tak semua agent atau leader perform. So, ada yang super perform, ada yang sederhana dan ada yang slow. So, untuk yang perform, kalau diorg tak dpt benefit tu pun takpe, sebab duit dan investment dah banyak. Tapi sebab diorg fikirkan sekali, kebajikan agent2 or leader2 yang mungkin kurang bernasib baik atau kirang perform, supaya dpt benefit extra tu. Itulah semangat di Prudential, Always*
Listening, Always Understanding. Top2 leader faham dan jaga kebajikan leader2 agent2 yang kurang perform supaya sama2 boleh dpt better retirement.

So, kat sini saya terangkan sekali lagi, kes di atas tiada kena mengena dengan *policy client yang client dah sign up and inforced. Kalau ada yang tak sengaja bawak cerita betulm, harap jgn buat lagi. Kalau ada yang masih nak buat disebab akan ada hidden agenda nak suruh client prudential / prubsn stop policy dan amik dengan dia, anda buatlah, kalau anda rasa dgn cara mcm tu boleh buat you kaya dan berjaya....saya yakin Allah Maha Adil. Kalau anda ikhlas dalam menyatakan sesuatu, Insyallah anda akan dpt kebaikan daripadanya. Tapi kalau anda ada hidden agenda, Allah Maha Mengetahui walau pun manusia yang lemah dan hina ini tidak mengetahui.

Sekian, utk setakat ini. Kalau ada kemusykilan boleh tanya. Insyallah saya akan terangkan.
 
Last edited:
tu yg aku pelik.
dlm ni pun ramai gak agen prudential ni.
api akde plak dierang bukak tred kan??

ape sebenarnye yg jadi ye??
 
reputasi prudential bsn dh merudum
 
yang saya dpt tahu..
kontrak setahun yg dipersetujui tlah ditamatkan dlm masa 6 bulan..
apa yg dijanjikan x seperti dlm kontrak
 
yang saya dpt tahu..
kontrak setahun yg dipersetujui tlah ditamatkan dlm masa 6 bulan..
apa yg dijanjikan x seperti dlm kontrak

itu antara agen & syarikat je ke miss??
pengguna efek jugak ke??
 
pengguna skali la efek..
apa yg client dah sign n agree.. tapi ceo sesuka hati batalkan..
tu yg dia org marah
 
Back
Top
Log in Register