BTC USD 81,408.3 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agen full time lagi bagus dari Part time?

DIRE STRAITS

Fun Poster
Messages
316
Joined
Jun 14, 2008
Messages
316
Reaction score
2
Points
25
Ramai agen insuran kat sini, jadi anda adalah full time atau part time?

kadang-kadang bila bertanya kepada sesama agen, agen yang fulltime kata biar ambil polisi kat agen fulltime sebab dia boleh pantau client 24 jam berbanding dengan agen part time.... maksudnya agent part time kurang berwibawa....

Adakah agen part time ni kurang memberi perhatian sehinggakan ada segelintir agen FULLTIME mengeluarkan statement ini sehingga menguriskan hati agen part time?:-?

bagi komen yang berilmiah untuk dikongsi.... Apa yang saya nampak agen bumiputera yang banyak bersaing walaupun dari kompeni yang sama....:-?
 
Last edited:
masing2 agen kat sini lalu lalang dan tak bagi komen....

setahu aku soal servis client ni bukan terletak kepada part time atau fulltime.... Ada juga yang full time hampeh....
 
semuanya berbalik pada ejen tu sendiri.

kalau dia buat insurans sebab nak tolong orang, tak kira la dia full or part-time, mesti ada masa untuk customer bila mereka memerlukan.

tapi kalau yang based on komisyen semata, faham2 jela. tak kira full or part-time :)
 
part time sudah..
xpayah pening2..
target saudara mara dan kawan je dah boleh kembangkan client..
yang penting yakin dan sabar..
 
Itulah realitinya...
 
part time sudah..
xpayah pening2..
target saudara mara dan kawan je dah boleh kembangkan client..
yang penting yakin dan sabar..

masalahnya bila ada yang full time mendakwa part time ni buat kerja tak sebaik mereka yang fulltime...:)
 
kalau ikut secara logiknya memang full time lebih baik dari segi masa. tapi it comes back to the issue agent itu sendiri, how they treat the customer kan.

nak seribu daya, taknak seribu dalih. so part-time pun boleh jadi sebagus full-time kalau betul2 komited dan pandai bahagi masa :)
 
soalnya terletak kepada servis yang terbaik...tak kira part atau full...

cuma yang fulltime ni kadang-kadang mempromo seolah-olah memandang agen part time ni tak bagus...

Bersainglah dengan cara baik... kadang-kadang satu kompeni pun masih ada dengki mendengki:)
 
Buatlah mana yg rasa baik utk orang lain dan diri sendiri. Yg baik kita kongsi dgn orang dan yg tak baik kita buang jauh2.
Kadang2 kita rasa perkara tu baik utk kita tapi mungkin tak sesuai utk orang lain..jadi kita terima sajalah dan doakan yg terbaik utk orang tu. Amin.
 
soalnya terletak kepada servis yang terbaik...tak kira part atau full...

cuma yang fulltime ni kadang-kadang mempromo seolah-olah memandang agen part time ni tak bagus...

Bersainglah dengan cara baik... kadang-kadang satu kompeni pun masih ada dengki mendengki:)

betul tu. tak berkat pun kalau dapat rezeki tapi buruk2 kan orang lain. lagipun, itu etika asas dalam bidang ni. bersaing secara sihat baru la seronok, kan? :)
 
Back
Top
Log in Register