BTC USD 84,550.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AGEA (Formerly known as Marketiva) - agea.com

Boleh memang boleh tapi itu bukan cara2 yg betul. sepatutnya ko kena try yg virtual trading dulu. masa tuh aku akan ajarko cam ne nak baca candlestick. kita mulakan dengan carta dulu, bila dah expert baru masuk bab fundamental dll. tapi kalau ko rasa nak terus live trading sukahati ko la. heheh
 
aku dah join bawah yeeradhi 2 minggu lepaih n still tgh study camner la nak main forex nie....ape2 pun thanx la yeeradhi coz mengajar aku sedikit sebanyak pasal forex...biler lagi nak timba ilmu kan..selagi stok masih ada.. :-D :-D
 
ada member kita tanya aku pasal Bollinger Bands sebab susah nak cakap kat ym aku try terangkan kat sini disamping ramai lagi kengkawan dapat tahu sama2
bollinger10so.gif


Apa yg dapat dilihat dari carta tu? Apabila terjadi ketidak seimbangan antara demand dan supply, maka Bollinger Bands akan lebih melebar dibandingkan keadaan seimbang.

Sebagai contoh dari carta tu?, Ianya terjadi keadaan dimana supply lebih banyak dari demand sehingga membuat harga turun dari 1.2185 kepada 1.2071 (114 point), maka bolinger akan lebih melebar karena memang harga sedang meningkat. Bandingkan dengan keadaan dimana demand dan supply sama seperti pada pukul 12.00 dan selepasnya. Jika terjadi keseimbangan yang ertinya pasaran akan bergerak dalam keadaan sideways maka Bollinger Bands akan lebih sempit dari biasanya karena memang harga tidak secepat ketika uptrend atau down trend.

Sebagai volatility indicator, sebenarnya Bollinger Bands tidak dapat berdiri sendiri. Indikator ini biasanya digunakan hanya sebagai indikator awal untuk mengukur harga relatif dan volatility (volatile = mudah berubah – volatility = tingkat kecepatan dalam berubah). Bollinger Bands bukanlah indicator action, jadi disarankan jika menggunakan indicator satu ini, gunakan juga indikator lain sebelum mengambil keputusan untuk buy atau sell.

Harap kawan kita tu dapat penjelasan.
 
tadi ko cakap bolinger kena gabung dengan RSI, cam ne plak tuh. sorry banyak tanya. aku dah nak paham ni skit je lagi
 
Jika Bollinger Bands kita gabungkan dengan RSI, hasilnya:

Bila harga berada diluar upper band atau sama, sementara RSI masih berada dibawah zon overbought, maka ini bererti akan ada lanjutan trend. Sebaliknya bila RSI sudah berada diarea overbought dan sedang meninggalkan area overbought, maka ini bererti akan ada pembalikan trend dalam beberapa candle kedepan.
Bila harga berada diluar lower band atau sama, sementara RSI masih berada dibawah zon oversold, maka ini bererti akan ada lanjutan trend yang sedang terjadi. Sebaliknya bila RSI sudah berada diarea oversold dan sedang meninggalkan area oversold, maka ini bermakna akan ada pembalikan trend dalam beberapa candle kedepan

bollinger19rp.gif


Tengok kawasan yang dilingkari dan besar smoothing RSI. Pada 1.1932, besar smoothing RSI adalah 39.9429 dan harga telah menembus upper band dua kali secara berturut-turut. Ini menunjukakan bahawa akan terjadi trend yang berterusan yang baru saja bermula. Dalam kenaikan harga, tercatat beberapa kali harga menembus upper band namun RSI belum juga meninggalkan overbought area. Ini bermakna trend masih akan terus terjadi sampai RSI meninggalkan overbought area.
 
walaupun masih pening tp mmg best la main forex ni
 
Sambungan...
sebenarnya penggunaan Bollinger Bands dengan indicator lain dapat kita lakukan bila kita memahami penggunaan indicator lain tersebut dengan betul. Penggunaan indicator yang tepat akan menghasilkan keputusan yang saling menguatkan diantara satu samalain.. Semakin kita memahami penggunaan indicator action maka semakin besar kesempatan kita memanfaatkan Bollinger Bands sebagai volatilitiy indicator.
bollinger87ce.gif

Walaupun Bollinger takboleh digunakn sendiri, ada beberapa petunjk open Buy/Sell yang masih kita boleh dapat melalui Bollinger Bands terutama nya melalui middle band. pada dasarnya middle band adalah indicator Simple Moving Average. Ini bererti apa yang berlaku pada SMA juga berlaku pada middle band:

1-Middle band berada di bawah harga, menunjukka Bullish trend.
2 Middle band berada di atas harag, dinamakan Bearish trend.
3- Silang antara middle band dan harga, menunjukkan peralihan trend. :lol:
 
Thanks... good info...
Bagaimana pula dengan indicator yg lain?
 
wah, aku ketinggalan nampaknya
wa nak try main virtual dulu sebulan dua ni ka
tapi wa nak blajar term2 yg ada dulu
korang citer pon dah pening aku
so, kalo apa2 aku tak paham bab basic
aku try tanya sini k
:-D

sronok aku tgk graf2 ni sebenarnya :-D
 
aku study benda ni sampai 4 ari bersengkang mata dan akhir nyer aku paham sket. Lepas tu tanya otai forex, kat SJ security trs paham. sekarang br lah tau aper benda yg aku dok tgk ni.. :lol: :lol:
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14250
USD / JPY
157.245
GBP / USD
1.32505
USD / CHF
0.82827
USD / CAD
1.41455
EUR / JPY
179.652
AUD / USD
0.70550
Back
Top
Log in Register