BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AFJets sasar perluas perkhidmatan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
AFJets Sdn Bhd, pengendali penerbangan carter domestik, merancang untuk memperluaskan perkhidmatannya ke lima lokasi di Perak pada tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Amrul Nizar Anuar berkata syarikat kini dalam perbincangan dengan Tourism Malaysia Perak, dan keputusan mengenainya dijangka pada Februari tahun depan.

"Pada asalnya kami terlibat dalam penghasilan hujan... aktiviti pembenihan awan dan juga pemetaan. Bagi penumpang, kami baru bermula dengan TunaMaya sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran TunaMaya Air di sini hari ini.

TunaMaya Air merupakan kerjasama antara AFJets dan Tunamaya Beach and Spa Resort, Pulau Tioman, yang bermula pada 20 Dis, dari Subang Skypark Terminal dan Lapangan Terbang Senai ke Pulau Tioman.

Pesawat Cessna Grand Caravan C2088 beroperasi tiga kali seminggu dengan kapasiti lapan penumpang setiap penerbangan dalam konfigurasi tempat duduk eksekutif.

Mengenai rancangan syarikat bagi negeri Perak, Amrul berkata syarikat penerbangan itu merancang untuk memperluaskan laluan ke destinasi tarikan pelancong termasuk Tasik Banding, Pulau Pangkor, Taiping, Pulau Belum dan Sitiawan.

"Kita akan adakan pesawat yang ada float, iaitu pesawat yang boleh mendarat di atas air.

"Buat masa ini, kami mempunyai dua buah pesawat, bagi kegunaan penerbangan ke Pulau Tioman. Bagi memenuhi permintaan untuk penerbangan ke Perak nanti, kita akan menambah lapan buah pesawat lagi," katanya.

Selain Perak, Amrul berkata syarikat juga sedang mengadakan perbincangan dengan Tourism Malaysia Terengganu dan Tourism Malaysia Johor bagi tujuan yang sama. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register