kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
19 May 2014
Walaupun hanya dilaksanakan kurang setahun, namun sistem penguatkuasaan automatik (AES) sudah menampakkan peranannya malahan berjaya mengubah sikap negatif pemandu di jalan raya.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, keberkesanan AES ditonjolkan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Sentosa di Putrajaya apabila majoriti pemandu di situ menggunakan laluan kiri tidak kira pada siang atau malam.
"Kebanyakan pemandu juga mengekalkan kelajuan pada lingkungan 70 kilometer sejam," katanya dalam temuramah dengan China Press.
Beliau berkata, sistem penguatkuasaan yang beroperasi selama 24 jam sehari itu membawa kesan `hukuman' apabila pihak berkuasa berjaya mengirimkan surat saman dengan cepat.
Beliau berkata, setiap surat saman AES akan dikirimkan dalam tempoh dua minggu sekali gus mengelakkan masalah kelewatan penerimaan saman.
"Walaupun AES hanya dipasang di 14 tempat, namun ia merupakan alat yang sangat berkesan kerana dapat mengesan pesalah undang-undang lalu lintas 24 jam tanpa henti.
"Ia juga dilengkapi dengan kamera yang merakamkan gambar berkualiti tinggi, pesalah tidak boleh berdalih lagi apabila gambar mereka disertakan," katanya.
contoh surat cinta dr jpj
Kakitangan penyelenggaraan membersihkan kamera AES yang disembur cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab di Kilometer 301.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Kajang.