BTC USD 82,938.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ADUN Negeri Sembilan ditahan BPR

kalau pkr dah tentu akan tulis..'ADUN PKR RASUAH'...mcm kt perak besar2 dia tulis EXCO PKR..padahal itu kerajaan perak..exco perak..apakes nk sebut exco pkr lak..mengong....

kes adun ni kalau mcm nk sembu nyi nih rasa2nya adun kerajaan la kot..ntahhhhh
 
Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.

Menurut sumber, Adun berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi.


Kah kah kah – Utusan Melayau nak tipu lagiii… Adun ni tak ada nama ke wak…… nama dia siapa? Saya ada kawan nama dia Mustapha Salim – dia suka berlari-lari sampai jatuh dalam longkang ….. kah kah kah. Mustapha kawan saya ni suka menebeng dan melangok di Lenggeng.

Lupa nak cakap pek pong pek Mustapaha ni dari United Malays National Organisation…… kah kah kah kah..

Utusan oh utusan….. nak tipu lagi …. Zaman ni dah ada bloglaaaaa…. Tak yalaaa klentong. Kalau Adun PKR yang ‘sengaja diperangkap’ di Ipoh bukan main lagi…….bukan main buat fitnah ratnah. … sampai kondom koyak atas katil hotel Pak Pong pun ada gambar….. bila peminat setia Ketuanan Melayu katoi nama kawan saya Mustaspha ni ini pun tak muncul-muncul…. Kah kah kah….
Posted by Tukar Tiub at 8/31/2008 10:50:00 PM 8 comments Links to this post
 
yang tak tahan tuh ada adegan kejar-mengejar...kahkah..lagi tak tahan ...jatuh masa lari...kah..kah..

"Adalah difahamkan, ketika kejadian itu, ADUN berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya."..utusan..

adess....lari..rm2k jer..adeh...
 
BPR tahan ADUN N. Sembilan disyaki rasuah

Oleh UMAVATHI RAMAYAH dan HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Negeri Sembilan kerana disyaki menerima suapan daripada seorang kontraktor di Seremban hari ini.

Difahamkan, ADUN yang mewakili salah satu DUN dalam Parlimen Seremban itu ditahan ketika bersama kontraktor itu di sebuah restoran di Mantin, kira-kira pukul 4.30 petang ini.

Beliau kemudian dibawa oleh sepasukan pegawai ke Ibu Pejabat BPR Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Klana Maamor, Seremban bagi membantu siasatan.

Difahamkan, isteri wakil rakyat berkenaan yang turut berada di situ juga dibawa bersama-sama beliau.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

“Biar kita siasat dulu. Minta maaf sangat-sangat... Saya tak boleh dedahkan apa-apa buat masa ini,” katanya.

Wakil rakyat itu dibebaskan dengan ikat jamin BPR pada pukul 12.20 tengah malam ini selepas tujuh jam disoal siasat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada BPR untuk menjalankan siasatan.

“Kita percaya dengan kewibawaan BPR, biarlah mereka buat siasatan secara menyeluruh dengan mengambil kira segenap aspek,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, BPR Negeri Sembilan menahan seorang calon Ketua UMNO Bahagian Seremban kerana disyaki memberi sogokan kepada seorang ahli UMNO bahagian itu di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di bandar Seremban.



awat dia tanya MB N9??:D
 
Senyap jer TV..Kompom orang BN nih.. Pegidaa
 
propaganda nak menunjukkan mereka "tegas" terhadap rasuah....

- nama dirahsiakan.
- nilai suapan cukup untuk beli rim kereta 17 inci.
- penangkapan seolah2 telah dibuat & dirancang.
- lambat nak 'panas'. hari ni masuk suratkhabar, esok/lusa masuk tv(tu pun kalau ada). Kalau PR yang kena tangkap...on the spot umum TV[kalau BN own CNN, satu dunia tahu kot]
 
Back
Top
Log in Register