BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Adun terkait spekulasi dilantik exco baharu N Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

5 Adun terkait spekulasi dilantik exco baharu N Sembilan​

de583a4d-541e-4e9d-af14-e8861439a1bd-Saiful-Yazan-Sulaiman-Sufian-Maradzi-Zaidy-Abdul-Kadir-Ko...jpg

Lima Adun antara dilapor dipanggil Jumaat lalu menghadap di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Ia menyusuli keputusan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 exco semalam.

Kosmo memetik empat Adun BN iaitu Saiful Yazan Sulaiman (Johol), Sufian Maradzi (Seri Menanti), dan Zaidy Abdul Kadir (Jeram Padang) daripada Umno, serta Koh Kim Swee (Repah) daripada MCA.

Wakil Wawasan terkait dengan spekulasi tersebut ialah Adun Gemas dua penggal, Ridzuan Ahmad.

Laporan yang memetik sumber itu, turut menyebut barisan Adun itu sudah dipanggil menghadap di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Jumaat lalu.

Semalam, pihak istana Negeri Sembilan menyatakan bahawa Tuanku Muhriz memutuskan untuk memecat 10 exco kerana melanggar sumpah jawatan dan ikrar taat setia di hadapan Yang Dipertuan Besar pada 7 Ogos.

Daripada jumlah itu, tujuh daripada Umno, manakala masing-masing seorang MCA, Wawasan, dan PAS.

Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, menteri besar dan exco memegang jawatan atas perkenan raja.

Minggu lalu, exco berkenaan mengeluarkan kenyataan bersama yang didakwa mengesahkan pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar. Menteri Besar Ismail Lasim menyokong kenyataan tersebut sehari kemudian.

Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan menolak kenyataan berkenaan sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah, serta menegaskan Tuanku Muhriz kekal pemerintah negeri.

Jabatan Peguam Negara (AGC) turut menyatakan kenyataan tersebut tidak mempunyai kesan undang-undang kerana menteri besar dan exco tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan kedudukan pemerintah negeri.
 
Back
Top
Log in Register