Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Adun nafi terima perolehan RM1j
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei menafikan beliau mendapat perolehan tidak teratur berjumlah RM1 juta untuk Karnival Terima Kasih Rakyat melalui sebuah syarikat dikaitkan dengan dirinya.
Mat Shuhaimi berkata, dakwaan mengaitkannya dengan penyerahan bil RM356,000 iaitu paling tinggi antara pembekal lain berniat jahat dan atas faktor dendam politik semata-mata ekoran sikapnya yang sering melemparkan kritikan secara terbuka dalam pelbagai isu.
“Kalau ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan saya, sila datang secara profesional kerana kita bersama-sama bekerja dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor,” katanya.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan bahawa Mat Shuhaimi dikaitkan dengan perolehan secara tidak teratur berjumlah RM1 juta untuk Karnival Terima Kasih Rakyat apabila syarikat yang dikaitkan dengan dirinya menyerahkan bil berjumlah RM356,000, paling tinggi antara pembekal lain.
Syarikat berkenaan dimiliki oleh Setiausaha Publisiti PKR Selangor, Irwan Hidayat Abd Rahim, 30, yang juga pembantu kepada Mat Shuhaimi.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AdunnafiterimaperolehanRM1j/Article/index_html