badawidollah
Active+ Member
- Messages
- 3,876
- Joined
- Jun 20, 2008
- Messages
- 3,876
- Reaction score
- 2
- Points
- 25
Beberapa hari lepas, penulis terbaca di blog Paneh Miang akan kemungkinan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO untuk Negeri Sembilan akan melompat parti masuk PKR. Tulisan tersebut menyampaikan pendapat Ketua Bahagian UMNO Seremban Datuk Ishak Ismail.
Menurutnya Ishak, ADUN-ADUN yang disyaki adalah ADUN Serting, Shamsul Kahar Md Deli, Datuk Aziz Shamsuddin (Palong) dan Mustafa Salim (Lenggeng). Namun begitu ketiga-tiga mereka yang disebut telah menafikan.
Jika benar tiga orang ADUN BN melompat parti di Negeri Sembilan, ia akan membawa kepada satu keadaan yang dipanggil ‘hang Government’ di mana kerajaan yang memerintah tidak mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri dan sebarang tidak berupaya mencapai apa-apa keputusan.
Petang tadi penulis mendapat maklumat dari seorang sahabat rakan bahawa satu-satunya ADUN MCA di Negeri Sembilan akan melompat masuk DAP. ADUN MCA yang dimaksudkan adalah YB Tuan Siow Chen Pin bagi kawasan DUN Chennah.
Sahabat saya ini jarang berkongsi maklumat melainkan dia yakin dengan maklumatnya. Menurutnya, dia terdengar dari perbualan talipon salah seorang aktivis PKR. Aktivis tersebut kecewa “ADUN MCA Negeri” tersebut menganggotai DAP dan bukan PKR.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Mohamad Hasan pernah menyatakan kerisauannya dengan kedudukkan majoriti BN yang hanya lebih dengan tiga kerusi.
Jika tiga ADUN UMNO masuk PKR, ADUN MCA masuk DAP, dan ada ADUN lain pula, igauan Mohamad Hasan boleh menjadi kenyataan. Nampak gaya kerajaan pimpinan Mohamad Hasan berada dalam keadaan telor di hujung tanduk.
Sekarang ini, DAP menguasai sepuloh kerusi dan PKR empat kerusi dalam DUN. Jika PKR dapat menambah empat kerusi pun, kerajaan “lompat” Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan bakal dikuasai DAP. Adakah akan berlaku seperti di Perak yang mana Menteri Besar Melayu tetapi anggota exco dikuasai oleh DAP?
Kalau di Perjanjian Naning, British masuk campur dalam hal ehwal Negeri Sembilan. Adakah kali akan ada Perjanjian Naning II pula?
sabahdaily