BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adobe Tawar Illustrator & InDesign Di Optimasikan Untuk Cip M1

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Adobe hari ini telah melancarkan perisian mereka yang dioptimasikan untuk Apple Silicon atau komputer Mac yang berasaskan kepada Apple M1 – iaitu Adobe Illustrator dan Adobe InDesign.

Dengan penawaran perisian versi natif ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati prestasi yang lebih laju dan pantas berbanding penggunaan versi sebelum ini. Adobe turut mengatakan pengguna Illustrator melihat peningkatan prestasi 65% pada model M1 berbanding Intel - sementara pengguna InDesign pula melihat peningkatan sekitar 59%.

Penawaran ini hadir sebagai sebahagian daripada kemaskini untuk Creative Cloud. Pengguna komputer berasaskan M1 boleh memuat-turun versi terbaru yang dioptimasikan ini melalui Creative Cloud hari ini.

Dengan pengoptimasian perisian untuk M1 ini, ia melengkapkan lagi portfolio Adobe yang sedia menawarkan Photoshop, Lightroom dan Premiere Pro yang kini dalam bentuk beta.

1623384828060.png
 
Back
Top
Log in Register