BTC USD 42,497.7 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adobe Creative Cloud Kini Di Integrasikan Dengan Google Workspace

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,435
Reaction score
4,153
Points
236
Tahun lepas, Google telah menjenamakan semula G Suite kepada Google Workspace. Ia adalah untuk mengukuhkan lagi identiti sebagai perkhidmatan yang digunakan di pejabat atau untuk pengguna perusahaan. Melaluinya Google Meet diintegrasikan dalam Docs, Sheet dan Slides, kemudian pengguna juga boleh melakukan kolaborasi menghasilkan dokumen dan juga menggunakan Google Chat.

Adobe turut mengambil kesempatan ini untuk memperluaskan lagi ekositem Creative Cloud mereka. Sebagai permulaan Creative Cloud telah diintegrasikan ke dalam GMail bagi memudahkan lagi kerja-kerja kreatif atau suntingan. Terkini, mereka perluaskan lagi integrasi ini ke dalam Google Workspace.

Melalui integrasi ini, Creative Cloud Libraries boleh diakses oleh pengguna Google Workspace pada Google Docs dan juga Slides. Secara tidak langsung elemen-elemen seperti warna, muka taip, grafik dan banyak lagi boleh terus dikongsi kepada seluruh ahli pasukan. Dengan kawalan semudah drag & drop pelbagai fail atau projek Photoshop, Illustrator, InDesign, XD dan banyak lagi mudah dikongsi bersama.

Konsep ini adalah seakan Microsoft 365, di mana dokumen boleh terus dikongsi di awanan dan pemilik dokumen boleh mengaktifkan kemampuan sunting bersama, meninggalkan nota atau komen dan banyak lagi. Tetapi integrasi Adobe dan Google ini lebih kepada pengguna seperti pereka, atau kerja-kerja kreatif lain.


Sumber asal https://blog.adobe.com/en/publish/2...google-docs-slides-integration.html#gs.00mxpp
 

CG Sponsors




Top
Log in Register