BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Admin group FB video lucah didenda

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,252
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,252
Reaction score
1,660
Points
201
6086751167569839781_121.jpg


'Admin group' video lucah di FB didenda

Muar: "Saya tak ada sesiapa lagi, hanya ada abang, saya harap hukuman diringankan," demikian rayuan lelaki yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengakses pornografi kanak-kanak di media sosial.


Mahkamah juga memerintahkan pembantu kedai makanan itu dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda dikenalkan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengakses bahan pornografi kanak-kanak di rumahnya di Tangkak, 9 malam, 23 Disember lalu.


Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas mengesan 'admin' dalam Facebook.

Dalam kumpulan Facebook terbabit, ia memuatnaik gambar dan video lucah kanak-kanak termasuk mereka sedang memakai uniform sekolah.

Tertuduh bertindak sebagai pentadbir kumpulan itu di mana akan memberi kebenaran kepada mereka yang ingin menyertainya.

Selepas menjadi ahli, mereka boleh memuatnaik pelbagai video dan gambar lucah kanak-kanak yang mana hanya boleh diakses kepada mereka terpilih sahaja.

Pada 24 Disember tahun lalu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak dan SKMM menerusi Ops Pedo menyerbu rumah didiami tertuduh.


Dalam serbuan itu, tertuduh mengakui bertindak sebagai pentadbir Facebook terbabit selain menemui beberapa pencarian yang pernah dilakukan tertuduh sebelum ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register