BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,156.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

admin delete pls

umur ko dah 22 thn.
tanpa sedar ko sbnarnya ke arah mnjadi your father in the making.mewarisi sifat n sikap dia yg ko x suka.
typical lelaki melayu.egonya dijulang setinggi langit apatah lg setelah mnjadi bapak.
bila kita marah kt cuma nmpak yg buruk2 je pd org yg buat kt marah.
adakh bapak tt x hantar tt ke skolah?
adakah bapak tt x pernah belikan baju walau selai apatah lg raya?
adakh bapak tt x pernah bg duit blanje?
adakh bapak tt x pernah bawak tt ke klinik klu tt sakit?
adakah bapak tt x benarkan tt tidur,makan minum,belindung dalam rumahnya?
adakah bapak tt x pernah mengaku kat org yg tt ni anak dia?
adakh bapak tt x benarkan tt berbinkan dia?
klu smua yg atas tu bapak tt buat,mmg patut tt berperasaan begitu.
 
Sedey tgk thread ni...
Abah dah x de. Br meninggal 10/4 :(
 
sedih gak bila aku baca dan kenang yg aku masih ada 2 org tua..tapi org lain dah xde...bertuahnya aku...YA Allah..
 
bersabar jer lah..den doakan tt dapat jalan penyelesaian.. kesudahan yg baik hny untuk orang2 yg beriman..bak kata ustaz kassim elias, "syurga bawah tapak kaki ibu, tapi kuncinya ada pada bapak".. berbuat baik lah kat kedua2 org tua..
 
Syukur geng2 cg semua bg semangat pd tt..pada tt fikir la sedlm2 nya seblm buat tindakan apa2...aku pun seorg bpk dan aku pun penah jd anak..bersyukurla masih ada bapak dan bykkkan berdoa selepas solat..mintak petunjuk pada Yang Maha Esa.
 
dari cara kau cerita, macam dah lama kau pendam.
walau pun aku tak pernah alami situasi macam ni, tapi rasanya aku paham perasaan tt.
aku sarankan kau duduk asing dengan ayah kau..
takut nanti kalau dudk sekali, jadi masalah lain pulak.
pegi cari keje kat mana2..jauh sikit dari terengganu.

Tapi jangan sampai kau lupakan dia pulak.
sesekali kena la balik tanya khabar.

mungkin kau diuji macam ni sebagai peringatan supaya nanti kau tak buat kat anak2 kau macam ayah kau buat kat kau
 
bapak mu terok lagu mano abe mat? meh cite kat aku kalau mu rasa nak calm down...
sebab aku rasa bapak aku lagi teruk...
tapi kerana aku fikir dia lah satu2 nya bapak aku..baik buruk dia gak bapak aku..

takde dia..takdelah aku kat atas muka bumi ni...layak ke aku nak naik tangan kat dia? layak ke aku nak maki hamun dia? sedangkan dia yg susah payah jaga aku masa aku kecik sampai laa aku bleh minum air sendiri..

aku fikir susah senang dia nak membesarkan aku je yg membuatkan aku ada sikap sabar yg aku rasa orang lain tak penah capai tahap kesabaran mcm aku ni...

btul kata orang tua2..setiap kesabaran tu ada kemanisannya...tp aku tak rasa lagi kemanisan tu..sbb smpi sekarang bapak aku masih mcm mencari point salah aku..hehehe..biarlah itu dah perangai dia dekat aku sorang je..

adik beradik lain takde plak aku tengok dia cari point salah macam dkt aku ni....asal aku balik kampung jumpa mak bapak aku je..ada je yg tak kena dengan aku ni...hehehe..senyum jelah... :)
 
Masa zaman persekolahan dulu, abah kawe tak perfect sangat. Sebab dia lebihkan kakak kawe. Sebab adik beradik kawe ada 7 orang dan hanya sorang pompuan.:D

Abah kawe pun garang misai melentik. Biasalah garangnya turun dari arwah atuk kawe.

Tapi bila kawe dah besar ni, adik beradik pun semua dah besar, abah kawe dah cool. Balik bercuti sekali sekala pun dah meriah.

Kawe pulak yang sedih, sebab abah kawe dah masuk 62 tahun. Sekarang walaupun masih sihat, tapi itu dah masuk penghujung2 tahun. Bila2 masa saje Allah swt boleh menjemput.:(

Apa2 berlaku pun, susah sebab kawe takde kat Malaysia. Dan tahun ni pulak, kawe tak balik beraya kat kampung. Hanya beraya sekeluarga kat Doha ni jek.:((

Kesimpulannya, TT kena sabar....
 
Ayah aku bagi aku adalah ayah yang paling terbaik dunia akhirat, tak ada satu cacat cela pon.......

Masa kecik memg garang habis, masa aku baya2 kau ni TT, memg aku kuat memberontak, same la rasa mcm ko, konon dah lama bertahan, marah semuaaaa.... Memberontak.... Aku ni memg degil,

Tapi, ape pon jd kat aku, ayah aku tetap ade dibelakang aku, sokong aku, jatuh smpai ke lubuk dunia pon, ayah aku tetap cuba bangunkan aku, smpai aku nak kawin, ayah aku tak ade halangan demi masa depan dan kebahagiaan aku

Jadi TT, bile ko dah sebaya aku nt, dah nak ade anak, kau faham la kenapa ayah mcm ni,
 
Back
Top
Log in Register