BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adil ke Tol Di Hapuskan?

Adakah adil tol dihapuskan & pembayar cukai diKedah bayar pampasan hapuskan tol KL?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
tanya rakyat terengganu..tol kat jambatan tu dihapuskan makin suka ke makin marah?
tanya orang yang lalu jalan kuching..tol hapus diorang marah ke suka?
tanya najib..dia kurangkan harga tol orang marah ke suka? orang suka tapi tetap marah najib..:))
 
aku rasa tt yg spin.. poll tanya org kedah, thread citer tanya org kelantan...
dan sape kata takde keperluan tol ke kelantan? tak de org ke lalu ke kelantan? satu2nya negeri yg xde tol kelantan beb...
last sekali aku tgk buat tol segamat-muar.. lg lah aku rasa xde keperluan...

cuba bro faham kan isu..

camni..katakan bro orang Perlis. duduk Perlis, kerja Perlis. Bayar cukai. Bro redho tak duit cukai bro bayar kerajaan pakai untuk bina lebuhraya kat lembah klang. Sedangkan bro pergi KL pun setahun sekali aja. Semua duit hasil cukai bro bayar, semua spend kat Lembah Klang. Adil ke bro? Sedangkan tempat bro pembangunan buat biasa biasa aja.

Kan elok charge tol kat sapa yang pakai jalan tu kan?
 
Kita ambik sebagai contoh tol jambatan P.Pinang

Jambatan Pulau Pinang telah mengutip tol RM1.860 bilion dengan kos pembinaan RM944 juta, iaitu lebihan sebanyak RM916 juta. Kerajaan tak akan naikkan kadar tol untuk 3 tahun akan datang, tapi dgn syarat akan tambah tempoh konsesi selama lagi 17 tahun sampai tahun 2038!

Aku rasa ini perjanjian yg tersangat2 adil bagi kroni yg dah kayaraya !!!!


Patutkah rakyat selamanya di tindas oleh perjanjian BN yg berat sebelah, mengkayakan kroni, menzalimi rakyat???

Adil??? Lu pikirlah sendiri!!!
 
yerp...duit sendiri la...pinjaman...samada daripada luar atau domestic. loan kena bayar balik. dan memang loan tu dibayar balik dengan interest lagi.

aku takde kena mengena dengan memana tol konsesi. aku rakyat marhaein biasa penyokong PAS.

cuma sesetengah isu, rakyat kena cerdik sikit la..jangan terima bulat bulat semua benda. semua nak senang.
kalau boleh taknak bayar cukai..gaji nak 10k seorang. gaji minimum buat jadik 2k sebulan. ikut nafsu aja..kebendaan

adakah ini spin...

tunjuk klausa yang menyatakan pembina highway adalah projek swasta yang membuat loan??
 
ambo pun xtau.. yg pasti tol xpayah la.. mmg kerajaan patut jamin lebuhraya pun.. untuk keselesaan rakyat.. duit nak wat jalan tu di ambil dari jual minyak ke luar negara/proton/MAS/TNB/ tapi duit tu g mane??? masuk poket org yg duk perintah skrg ni ke??? kalau ikutkan kerajaan rakyat di utamakan minyak xpayah beli pun xpe.. ibaratnyer macam org xcerdik la.. cthnya sebuah rumah(malaysia) ada susu.. pastu bila anak (rakyat) nak susu jadinya bapak n mak (PM&RM) kena bagilah.. xkan lah anak (rakyat) nak kena bayar dulu baru dapat susu tu.. xke ngok ngek n zalim ke bapak n mak (PM&RM) tu...bapak n mak kena cari rezeki la untuk anak.. n anak yg dah besar2 tu tlg bapak n mak tambahkan rezeki tu..ni tebalik pulak mak pak senang lenang anak merempat n kurus kering xdapat susu.. xke jahat gile mak pak tu.. fhm2 la.. kalau xfhm mmg hati buta..
 
tt jawab dulu soalan nie sebelum bincang hala tuju thread nie...


Soalan utama :

1. Kerajaan nie kutip cukai apa bagai untuk apa?...

2. Siapa punya tanggungjawap bina infrastruktur?... takkan rakyat nak kena keluar duit sendiri plak kan...

3. Thai yg takde sumber petrol pun mampu bina sistem jalan raya canggih setanding Malaysia... dan tanpa tol... !!! kenapa Malaysia perlu tol?...

4. Apsal terma syarat konsesi tak dibuka kepada umum?... PLUS contohnya dah berapa lama kutip tol?... maybe sampai kiamat jadi cash cow kepada kroni agaknya... takde tanda2 nak tamatkan kutipan tol...

5. Kenapa perlu semua jalan raya yg perlu dibina kerajaan serahkan bulat2 kepada swasta???... tak ke boddoh namanya... :D


 
TT konon nak bercerita soal ADIL.

aku rasa TT sendiri tidak memahami maksud ADIL dalam hal ni.
 
Camni aku rasa tak adillah!!!!!!! Kenapa aku tak dapat rm500.. Sedangkan aku bayar cukai jugak!!!!!!!!! Boleh tt!!!!!!!!
 
TT konon nak bercerita soal ADIL.

aku rasa TT sendiri tidak memahami maksud ADIL dalam hal ni.

aku masih tak paham, tt citer utk keadilan siapa ni...
kalau nak adil, buat tol kelantan tuh.. baru lah ekonomi mudah nak berkembang.... lps tu suka2 klua statement xde keperluan?
pelik plak aku...
 
Back
Top
Log in Register