BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adil ke Tol Di Hapuskan?

Adakah adil tol dihapuskan & pembayar cukai diKedah bayar pampasan hapuskan tol KL?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

Ahmad811

Active Member
Messages
1,762
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,762
Reaction score
112
Points
33
Tujuan aku menulis thread ni pasal aku nak berkongsi pendapat aku, yang mana aku rasa tidak popular, tidak populist dan hanya akan menaikkan kemarahan rakyat.

Cuba kita renungkan pula kes tol.

Katakan kita hapuskan tol Kerinchi Link la katakan. Jadi kerajaan kena bayar la pampasan kepada pembuat lebuhraya tersebut. Ye la, takkan nak rampas begitu aja. Yang buat jalan tu pakai duit masa buat dulu.

Duit kerajaan datangnya daripada cukai dan hasil negara. Wajarkah seorang pembayar cukai yang bermastautin di Kelantan, membayar untuk jalan tol yang dibina di Kuala Lumpur?

Kita sebagai rakyat sedap aja dimomokkan oleh pihak yang belum memerintah, belum memegang Putrajaya, bahawa mereka nak hapuskan semua tol. Bila tol dihapuskan bermakna kerajaan akan ambil alih dan bayar pampasan kepada pembuat lebuhraya. Duit tu datang dari mana? Mesti datang dari perbehandaraan negara.

Soalan saya sekali lagi. Adil tak orang di Kelantan yang tak pernah lalu Kerinchi Link, membayar subsidi lebihraya Kerinchi Link di Kuala Lumpur apabila tol dihapuskan.
 
ni nak cerita keadilan secara menyeluruh (mengenai korupsi berbilion tu) je ke atau tol je?
kalau ler nak cerita adil, kenapa kerajan tak nak buat tol ke kelantan? adilkah disitu?
 
kenapa kelantan jer??? nape tak masukkan skali negeri lain???
 
ada perkara yang kita tak tahu
dan diberitahu....
 
kenapa kelantan jer??? nape tak masukkan skali negeri lain???

contoh la...mana mana pun boleh
bro duduk Sabah ke Sarawak ke...Kedah ke Perlis..bayar cukai.

tapi kerajaan amik duit cukai bro pergi bayar pampasan hapuskan tol yang bersepah kat Lembah Kelang.

Adil ke? Sedangkan bro lalu jalan jalan tu berapa kerap pun dalam setahun.

Bagi la orang yang lalu hari hari tu bayar...

tolong JANGAN SPIN.
 
soalan apo ni jang?
biarla duit tu abih byr utk pampasan tu dr dihabiskan oleh bik mama dan kroni2 yg lain.. TQ
 
ni nak cerita keadilan secara menyeluruh (mengenai korupsi berbilion tu) je ke atau tol je?
kalau ler nak cerita adil, kenapa kerajan tak nak buat tol ke kelantan? adilkah disitu?

Kita fokus tol aja dulu...cerita tol kan? cerita lain thread lain la..

Kerajaan tak buat tol kat kelantan pasal kerajaan pusat ada satu unit dipanggil EPU dan UKAS di JPM.

Diorang akan study keperluan ekonomi, viable atau tidak buat jalan tol tu. Di Negeri pun ada UPEN, Unit Perancang Ekonomi Negeri. Kalau tak keperluan, tidak buat. Nanti buat jalan takde orang lalu sapa nak tanggung kos berbillion billion tu.

Kenapa taknak jawab? takut kebenaran ke? Please jangan SPIN.
 
tt... adilkah kerajaan sepatutnya sediakan PERCUMA semua infrastruktur kepada rakyat tetapi kerajaan menipu dgn suruh swasta buat dan pau balik duit hasil titik peluh rakyat...

Adilkah kutipan hasil negara xpecialy minyak berpuluh bilion dihabiskan kepada pembaziran yg tak menguntungkan rakyat...

adilkah?... :D




 
Back
Top
Log in Register