BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adik Maut Di Tikam Abang

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
usu.png.transformed.jpg

Rawang: Lelaki maut selepas ditikam abangnya di kediamannya di Jalan Desa, Bandar Country Homes, di sini, 10 malam tadi

Difahamkan, mangsa berusia 26 tahun bertengkar dengan abangnya sebelum ditikam menggunakan pisau

Saksi yang enggan dikenali berkata, ibu mangsa cuba meleraikan pergaduhan tetapi gagal dan mangsa disahkan maut di tempat kejadian

Katanya, jiran mangsa yang terdengar pertengkaran itu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian

"Mangsa adalah pemandu lori dan ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam rumah selepas polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak tiba

"Suspek yang juga abangnya berusia 40 tahun berjaya ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis," katanya ketika ditemui

Difahamkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat

Siasatan polis turut menemui pisau digunakan suspek berkenaan
 
Suspek Tikam Adik Akibat Pengaruh Dadah - Polis

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Seorang lelaki yang ditahan berhubung kematian adiknya akibat ditikam dalam pertengkaran di Bandar Country Homes, Rawang, Selasa lepas didapati berada di bawah pengaruh dadah

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata suspek hilang pertimbangan kerana pengaruh dadah menyebabkannya tidak sedar akan tindakan yang dilakukan sehingga menikam adiknya menggunakan pisau

"Ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methampethamine," katanya ketika ditemui pada Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini

Ali berkata hasil siasatan mendapati suspek berusia 30-an itu jarang pulang ke rumah keluarganya sejak menamatkan zaman persekolahan dan sering bertengkar dengan mangsa yang berusia 26 tahun

Katanya, motif pembunuhan masih disiasat, namun siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati apabila adiknya menasihatinya supaya menjauhi aktiviti tidak sihat

Selasa lepas, seorang pemandu lori maut selepas ditikam abangnya di kediamannya di Jalan Desa, Bandar Country Homes

Kejadian pada 10.14 malam itu, insiden berkenaan dipercayai turut disaksikan oleh keluarga mangsa termasuk ibu mereka yang sedang uzur serta dua adik perempuan

Menurut Ali, suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga Selasa depan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Lebih 300 anggota dan pegawai polis terlibat dalam perbarisan yang diadakan di padang kawad IPD Gombak

Sebanyak 21 individu termasuk dua pengamal media menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ali

setel mslh lps nie xde gduh2 lg kt kwsn tu
due2 kioookkkk
 
kija nyawa adik beradik
macam tiada nilai
apatah lagi nyawa orang lain
masyarakat yg miskin minda
 
kicap ni.. klau melayu mesti dorg bg nama dah dlm tu
 
akhir zaman...adik beradik sedarah pn leh bergaduh...
 
Otak udang. Adik pun dia bunuh apa lg org luar
 
Back
Top
Log in Register