BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adik ipar Mohd Saiful nafi kahwin lari

tempurung@85

Active Member
Messages
1,870
Joined
Sep 23, 2008
Messages
1,870
Reaction score
591
Points
71
Adik ipar Mohd Saiful nafi kahwin lari


2010/06/03


KUALA LUMPUR: Adik ipar kepada saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan beliau melarikan adik Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk berkahwin di selatan Thailand pada Mac tahun lalu.

Faez Khairi, 27, berkata adik Saiful, Saidati Adha secara rela mengikutinya ke negara itu untuk bernikah secara sah dengannya.
“Saya difahamkan Mohd Saiful ada membuat pengakuan di mahkamah pada Isnin lalu, saya dan Saidati melarikan diri dan perkahwinan kami adalah tidak sah,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
Faez berkata, mereka sudah lama merancang perkahwinan itu tetapi tidak mendapat restu bapa mentua Azlan Mohd Lazim menyebabkan Saidati sendiri membuat keputusan untuk berkahwin di negara berkenaan.

“Saiful Bukhari mengetahui dan sedar mengenai perkahwinan perkara itu, malah selepas berkahwin, kami ada berjumpa dengan beliau sebanyak dua kali. Beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kerana imej dan maruah saya terjejas berikutan keterangannya di mahkamah Isnin lalu,” katanya.

Dalam perbicaraan kes liwat Isnin lalu, Mohd Saiful ditanya mengenai keluarganya dan berkata ibu bapanya sudah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun dan beliau tinggal dengan bapanya dan adiknya, Saidati.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh mengenai sama ada adiknya sudah berkahwin, Mohd Saiful berkata pada tahun lalu adiknya dibawa lari ke Thailand dan beliau tidak pasti sama ada adiknya sudah berkahwin atau tidak.
Pada sidang media itu, Faez yang ditemani peguamnya, N Surendran turut menunjukkan kepada media salinan sijil nikahnya sambil mendakwa sijil nikah asal dibuang oleh bapa Saidati.

Sementara itu, Surendran berkata, anak guamnya kecewa dan malu dengan kenyataan Mohd Saiful itu dan berharap orang ramai mendapat gambaran sebenar melalui sidang media yang diadakan semalam.

“Dakwaan terhadap anak guam saya adalah tidak benar dan menjejaskan reputasi beliau. Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa anak guam saya bersama adik perempuannya bersekedudukan sedangkan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah, ” katanya.
:):):):)
 
ada aku kisah.. banzai..............:)
 
hurm...mcm mn nk kata ni..
 
statement penafian ni boleh memberi kesan kpd kredibiliti kenyataan perbicaraan Saiful di court dan keputusan para juri, kan?

Ianya menunjukkan Saiful byk menipu dan memutar belit fakta dalam soal jawab... aku tak tau la sbb aku loyar buruk je tau.... waahahahaha
 
cam mana sijil nikah asal boleh hilang pulak....
Hmmmmm :-? :-? :-?
 
Last edited:
tu la,den sikit pun tak kisah.pergi mam.....
 
Back
Top
Log in Register