BTC USD 83,386.3 Gold USD 4,129.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adele tepati ramalan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LOS ANGELES 13 Feb. - Penyanyi kelahiran Britain, Adele Adkins, hari ini memperoleh kejayaan terbesar pada Anugerah Grammy ke-54, apabila membawa pulang enam trofi menerusi setiap kategori yang dicalonkan.

Lagu hitnya, Rolling In the Deep memenangi kategori Lagu dan Rekod Tahunan Terbaik, manakala albumnya yang berjudul 21 merangkul Anugerah Album Tahunan Terbaik.

Penyanyi bersuara lunak berusia 23 tahun itu turut memenangi Anugerah Persembahan Solo Pop Terbaik menerusi lagu Someone Like You, Album Vokal Pop Terbaik iaitu 21 dan Video Muzik Pendek Terbaik bagi lagu Rolling In the Deep.

"Terima kasih banyak diucapkan kepada semua pihak, terutamanya kepada media yang sering memainkan lagu Rolling In the Deep di corong-corong radio serta televisyen," katanya sambil tersenyum dan menunjukkan isyarat bagus.

Kumpulan rock Foo Fighters turut pulang tanpa tangan kosong apabila memperoleh lima anugerah termasuk Persembahan Rock Terbaik bagi lagu Walk.

"Kemenangan ini merupakan satu penghormatan kepada kumpulan kami," kata vokalis utamanya, Dave Grohl.

Di sebalik kegembiraan para pemenang, Grammy tidak melupakan kesedihan berhubung kematian bintang legenda, Whitney Houston apabila pengacara majlis, LL Cool J berdoa untuk mendiang penyanyi itu, peminat dan keluarganya.

Kemudian, kehangatan Grammy diteruskan dengan persembahan Taylor Swift menerusi lagu Mean, Rihanna, dan kumpulan Coldplay. - AFP
 
Back
Top
Log in Register