kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
PETALING JAYA: Tiga penjenayah dipercayai ahli sindiket curi kereta berputih mata apabila tindakan mereka melarikan sebuah kereta Toyota Altis selepas mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux yang disembunyikan di sebuah hotel di sini, disedari polis.
Insiden itu bermula apabila seorang pekerja hotel berkenaan menjumpai cukai jalan milik pacuan empat roda itu tercicir di atas lantai di hotel itu, semalam.
Dia kemudian menghubungi pemilik kenderaan berusia 44 tahun itu, namun terkejut apabila dimaklumkan yang kenderaan itu dicuri pada Sabtu lalu.
Sejurus menerima panggilan, pemilik kenderaan yang enggan dikenali berkata, dia bergegas ke hotel itu dan menemui keretanya yang hilang di parkir di tingkat B1A.
“Bagi memastikan kenderaan itu milik saya, dengan menggunakan kunci kereta yang dibawa, pintu kereta itu berjaya dibuka dan saya terus menghubungi pihak berkuasa memaklumkan penemuan itu,” katanya yang mendapati cukai jalan dan nombor pendaftarannya sudah ditukar.
Susulan itu, satu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Curi Kenderaan (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dihantar mengesan penjenayah terbabit.
Menurut sumber polis, kereta Toyota Hilux itu disembunyikan di hotel berkenaan sebelum dihantar kepada pembelinya.
“Kira-kira jam 2 petang, tiga penjenayah menaiki Toyota Camry kelihatan berlegar-legar di tempat letak kereta hotel dan melintasi kereta milik polis yang mengintip mereka sejak pagi dipercayai untuk mengambil Toyota Hilux terbabit.
“Namun, dipercayai seorang suspek cuba mencuri sebuah kereta Toyota Altis yang diparkir di tempat letak kereta yang sama,” katanya yang terus melakukan serbuan terhadap ketiga-tiga penjenayah berkenaan.
Menyedari kenderaan mereka dikepung, suspek yang berjaya mencuri kereta Toyota Altis itu merempuh kereta polis dalam cubaan melarikan diri.
“Suspek mengundur kereta yang dinaiki lalu melanggar kereta peronda di belakangnya. Dua das tembakan dilepaskan namun suspek dapat melarikan diri meninggalkan kereta terbabit dengan menaiki Toyota Camry bersama dua suspek yang lain,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan tempat letak kereta itu.
Hasil pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek mendapati ia palsu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
mymetro online news.