Sorry geng lambat jawab, ada hal jap td, pi mengadap Tuhan
Ok, pasal harga card Juzt Reboot ni dalam Seratus lebih je rasanye. Kalau untuk destok la kita pakai card ni dan card ni kita letak kat PCI slot. Kalau untuk laptop, dia dalam bentuk software, tapi aku x pernah cuba yg softwarenye, jadi nak komen lebih2 x dapat la. Tapi kalau yg cardnya mmg aku boleh la citer, mmg bagus card ni. Kat bawah ni aku letak sikit detail pasal Juzt Reboot ni.
Juzt-Reboot® adalah penyelesaian generasi baru dalam penyelenggaraan membaikpulih sistem komputer. Jualan pasaran setakat ini meliputi sehingga 37 buah negara di seluruh dunia bertujuan untuk membantu dalam bidang akademik, perniagaan mahupun penggunaan komputer peribadi di rumah. Produk Juzt-Reboot® sememangnya membantu dari segi melindungi data dan membaikpulih sistem komputer anda.
Walaupun anda menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan kehilangan data atau kerosakan sistem komputer samaada disebabkan oleh serangan virus, proses format, pengubahsuaian sistem, perisian korup dan banyak lagi, Juzt-Reboot® dengan segera membaikpulih dan menyelesaikan masalah anda dengan hanya menekan suis atau "restart button". Tiada operasi tambahan diperlukan. Ianya amat mudah dan senang dilakukan!
Juzt-Reboot® boleh digunakan dalam persekitaran yang memerlukan pengunaan komputer samaada di rumah, pejabat, institusi-institusi pengajian dan di jabatan-jabatan kerajaan. Anda tidak perlu risau lagi sekiranya komputer anda mempunyai atau tidak mempunyai perisian "anti-virus". Juzt-Reboot® pasti membantu dan tidak akan menghampakan anda!
Kalau korang nak lebih lanjut lagi, layari lah web Juzt Reboot dgn klik
di sini.
Aku harap penerang ni dapat membantu kawan2 semua menyelesaikan masalah virus dan seumpama dgnnya.