BTC USD 83,904.3 Gold USD 4,184.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah masih ada pertikaian terhadap SPR?

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan besar pembangkang di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia sebagai 'Tsunami' yang melanda Umno/BN.

Beliau yang mengadakan sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan malam tadi berkata, kemenangan ini satu kemenangan rakyat, namun beliau meminta rakyat agar bertenang dan bersyukur.

Katanya lagi, gelombang sokongan yang ditunjukkan rakyat begitu mengkagumkan hingga kemenangan ini sebagai satu yang amat mengejutkan.

"Memang mengejutkan.PAS akan memeruskan perjuangan dasar-dasar Islam," ujarnya.

"Ini satu kemenangan khususnya selepas kita bermunajat, menangis, titisan airmata itu dan ianya menjadi bom jangka yang Allah turunkan kepada Umno/BN kerana faktir-faktor taghut.

"Semoga Allah memberi rahmat atas anugerah ini," katanya.

Sidang media Tuan Guru Nik Aziz dibanjiri hampir hampir 80 wartawan dari dalam dan luar negara yang membuat liputan khas berhubung pilihan raya umum terutamanya di Kelantan.

Sejak dari selepas Isyak, perkarangan pejabat Perhubungan PAS Kelantan dikerumuni kira-kira 10,000 penyokong PAS selepas mengetahui keputusan (ketika itu) tidak rasmi bahawa PAS berjaya membentuk kerajaan di Kelantan.

Gembira dengan kemenangan itu laungan takbir bergema, terutama selepas pengesahan daripada Tuan Guru Nik Aziz mengenai kemenangan itu.

Ia lebih manis selepas penyokong PAS turut dikhabarkan dengan kemenangan PAS di Kedah, membentuk kerajaan dengan KeADILan dan DAP di Perak serta Selangor.
 
aku tak puas hati, ada sesetengah tempat undi rosak melebihi 1k, boleh tunjukkan tak, mcm mana yg dikatakan undi rosak tu.

kawan2 aku yg kerje gomen selalu buat undi rosak sebab tak suka gomen tapi takut nak undi pembangkang. sebab no siri
 
Salam...

selama nie..ramai yg pertikaikan SPR..maki hamun si rashid lah..itu ini lah..tetapi kali nie terserlah...byk negeri yg dapat ditawan..ini termasuk kelantan yg ternyata berpihak kepada BA...kepada yang masih pertikaikn ketelusan SPR..jom kita bincang kat sini...

aku taktau la kut si rashit tu dah insaf, tapi trengganu kekal kepada biend adalah hasil pertolongan sirashit ni, klau tak sebab antu2 dari spr, kebarangkalian BA nak menang kat ganu cerah
 
walaupun pembangkang menang besar tak bermakna SPR tu telus

orang SPR ni kena ajar ni .... si rashit tu bersara nak ballik pasir mas ke ??? memang tak keluar rumah laa dia kalau balik pasir mas

Rashit ore klater ker..taktau pula aku.lehlaa aku sumbat botol budu pasni....simbah budu kat pagar:D :D
 
Back
Top
Log in Register