BTC USD 81,605.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah ini dinamakan RIBA'

Assalamualaikum semua..
aku nak tanya something..aderkah perbuatan aku nih dikira riba'
aku mmg minat bab bisnes nih..so aku pon usha2 lah phone atau pon leptop yg murah2 pastu jual pada hraga mahal..mcm contoh..harga market phone tuh mmg rm600...tpi aku dpt beli kat org dgn harga rm300..pastu aku jual blik dlm harga asal rm600..so untung lebih kurang dlm rm300..nak tanya adakah perbuatan aku tuh boleh diketogorikn sebagau riba'??atau pon riba' tuh hanyalah bunga ketika berurus niaga..

-Sudah pastilah urusniaga saudara halal dari sudut syarak sebagaimana firman allah surah al-baqarah ayat 275: Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Selagimana harga hp/laptop tersebut berada dalam harga pasaran maka ianya halal.

Jika anda sebagai contoh menjual laptop tersebut dgn harga RM600 tetapi sipembeli ingin membeli dgn bayaran tangguh, maka saudara meletakkan syarat supaya si pembeli tersebut akan bayar lebih sebanyak RM50 lagi iaitu sebagai interest yg dikenakan, maka ianya adalah RIBA dan haram mengikut syarak.

wallahuaalam
 
takde la.. itu kan perniagaan...

aku rasa bro xde salah.. markup price tue kira ok je..
dan kalau buyer pun setuju.. akad tue kira sah...

bukan dengan niat menipu plak..
 
haaaa. .apalagi.. ut warga cg nie.. bglaaa harga yg murah2 kalu jual... heheheheheheheheheeee
 
dalam perniagaan mcmtu tak dinamakan riba.
lainlah kalo ko pinjamkan kawan ko rm300, pastu ko suh dia bayar rm301.singgit tu ialah riba.tp jalan jual beli, kalo ko jual cash dgn rege RM300 tp kalo jual hutang dengan harga RM330, RM30 tu tak kira riba.dengan kata lain, riba tak berlaku dalam jual beli barang.
 
Sapa kata Riba tak berlaku dgn jualbeli barang..??????
 
bukan riba itu namanya perniagaan...
 
apa yg pernah sy dengar....

kalu berniaga...kita kene bagitau pembeli yg kita beli dengan harga sekian-sekian...dan kene jual pada harga sekian-sekian...pembeli kene tahu... baru la sah bisnes...
kalu salah tolong betulkan ok...
 
Sapa kata Riba tak berlaku dgn jualbeli barang..??????

setahu aku je.
kalo melibatkan pertukaran barang boleh berlaku riba.
dalam perniagaan, sah sesebuah jual beli adalah dengan akad.
so, penjual perlu jelaskan beza antara harga cash dengan harga hutang.jika si pembeli setuju membeli dengan harga hutang,maka jual beli itu sah.tetapi jika ada unsur paksaan atau ugutan dan sebagainya, jualbeli itu tidak sah.
dalam bab pinjaman wang pula, sekiranya peminjam setuju membayar lebih wang pokok pinjaman sekalipun, riba tetap tetap berlaku.

kalau salah tolong betulkan.
 
Last edited:
ada org yang jual mutiara dr sabah, dia beli 80 sen sebiji, dia jual RM 40. Pun ada org beli. Untung besar dia.
 
setahu aku je.
kalo melibatkan pertukaran barang boleh berlaku riba.
dalam perniagaan, sah sesebuah jual beli adalah dengan akad.
so, penjual perlu jelaskan beza antara harga cash dengan harga hutang.jika si pembeli setuju membeli dengan harga hutang,maka jual beli itu sah.tetapi jika ada unsur paksaan atau ugutan dan sebagainya, jualbeli itu tidak sah.
dalam bab pinjaman wang pula, sekiranya peminjam setuju membayar lebih wang pokok pinjaman sekalipun, riba tetap tetap berlaku.

kalau salah tolong betulkan.

contoh Riba dalam jual beli barangan..

simple mudah paham..

-hang pegi ke kedai Ah Kau untuk beli LCD TV berharga RM3000, akan tetapi hang tak mampu nak bayar cash, so itu Ah Kau boleh kasi bayar tangguh dengan syarat tiap2 bulan hang kena bayar tambahan RM20 caj dikenakan oleh Ah Kau tadi..so RM20 tersebut di kira RIBA lah...
 
Back
Top
Log in Register