BTC USD 83,180.0 Gold USD 4,179.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adakah cukai dibenarkan dalam islam??

ni aku jumpa

Ciri-Ciri Cukai Dalam Islam

Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh Daulah Islamiyah(negara) dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

further reading
 
tambahan

Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara. Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul mal negara masih mencukupi. Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak sehingga jika tidak dipungut

http://wapedia.mobi/ms/Cukai
 
dari brunei

Cukai adalah tegah di dalam Islam, bagaimana tersebut dalam kitab-kitab fiqh Islam dalam kitab Az-Zawâjir bagi Imam Ibnu Hajar Asy-Syafi’e yang terkenal pada muka 167 juz awal dan dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyîdîn muka 157, 158 dan 253.

Katanya: “Cukai itu ialah sejahat-jahat mungkar bahkan ia suatu dosa besar...”

Dan dalam Qurrah Al-‘Ain bi Fatâwa ‘Ulamâ’ Al-Haramain muka 332 dan dalam kumpulan fatwa Mufti Libya Al-‘Allamah Asy-Syeikh Ath- Thahir Az-Zawi cetak tahun 1973 Masihi dan 1393 Hijrah.


Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dan ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 1985
 
ada lagi LINK

Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja,

1. Untuk memenuhi keperluan asas (makanan/pakaian/rumah) orang-orang fakir dan miskin
2. Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran
3. Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya
4. Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya
5. Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi kapitalisme) kerana

1. Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah s.a.w. dan juga Ijmak Sahabat
2. Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan
3. Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja
4. Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.
 
pasal tu la aku bayar zakat utk pendapatan......:):)
 
zakat wajib tp tak bayaq tadak tindakan
cukai kalau tak bayaq siap la kena saman
 
zakat wajib tp tak bayaq tadak tindakan
cukai kalau tak bayaq siap la kena saman

pelik betul,patutnya org yg x bayar zakat la kena tindakan..
 
ala...normal..malaysia bukan negara islam..baru ja declare income tax..ciss tolak zakat pon kena top up g
 
kalaulah kita sebagai rakyat boleh ajukan memorandum supaya akta cukai individu , akta cukai barangan dan akta cukai tanah, rumah , hartanah dihapuskan . itu lebih baik . diganti dengan :

1. orang islam wajib bayar zakat dan akan di periksa status zakat masing masing.

2. orang bukan islam wajib bayar cukai seperti zaman rasulullah dulu


ini lebih baik ...
 
Back
Top
Log in Register