Aku google2,pastu aku jumpa ni:
Ini jawapan saya terima dari JAKIM.
Cukai berbeza dengan zakat dari segi penetapan kutipan, pembahagian kutipan kepada asnaf yang tertentu. Kerana cukai ditentukan oleh pemerintah sedangkan sistem zakat ditentukan oleh Allah SWT. Dan memang sepatutnya cukai tidak boleh dikenakan kepada orang Islam kerana di dalam Islam ada sistem kharaj yang dikutip dari orang bukan Islam yang bernaung dan dilindungi di dalam negara Islam.
Dan dikatakan sistem percukaian adalah berasal dari pemerintah Rom yang dibawa oleh barat ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu yang menyebabkan beberapa tokoh seperti Dol Said di Naning dan sebagainya yang membantah pengutipan cukai oleh pihak British.
Menurut Islam kutipan cukai tidak boleh menjadi hasil utama negara, tetapi berbeza dengan negara kita jika tidak membayar cukai ia menjadi kesalahan undang-undang di negara kita tetapi jika tidak membayar zakat ia bukan satu kesalahan undang-undang negara malah kehendak membayar zakat itu hanya menjadi satu pilihan sahaja.